CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2106|Reply: 0

[Pahang] Di usia 114 tahun semangat merdeka tetap di hati Mat Ariffin

[Copy link]
Post time 26-8-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode

MAT Ariffin Mat Deris hanya mampu berbaring kerana uzur akibat sakit tua bersama anaknya, Zulkifli (berdiri kiri) memegang Jalur Gemilang di Kampung Tanjung Buluh di Lipis, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD




LIPIS: Biarpun sakit tua dan ha­nya berbaring kerana tidak boleh bangun sejak tiga bulan lalu, bekas pengawal kawasan, Mat Ariffin Mat Deris, 114, masih bersemangat mengisahkan kenangan berjuang semasa pendudukan Jepun, era Darurat 1948 sehingga negara memproklamasi Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Warga emas yang tinggal di Kampung Tanjung Buluh di sini itu merupakan bekas pe­ngawal kawasan yang masih hidup berbanding rakan-rakan lain yang sudah lama meninggal dunia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mat Ariffin berkata, dia dilahirkan di Kampung Kuin Merah, Rantau Panjang, Kelantan mula membuat kad pe­ngenalan pada usia lewat, kemudian dipanggil British untuk dilatih sebagai pengawal kawasan ketika berusia 27 tahun.

“Setelah menjalani latihan singkat, kami ditempatkan di Kampung Banggul Cik Wan dan kawasan berdekatan di bawah pentadbiran Balai Polis Meranti dalam kawasan Pasir Mas di Kelantan.

Latihan serta tugas mengawal kawasan di bawah arahan seorang pegawai Bri­tish yang mengajar cara berkawad dan menembak,” katanya di sini semalam.

Katanya, penugasan bersama tujuh anggota dalam satu skuad home guard daripada kira-kira 600 orang dalam kawasan itu berfungsi membantu polis menjaga keselamatan kampung dan ketenteraman awam.

“Komunis memang ramai bergerak secara gerila di hutan dan memberikan ancaman keselamatan waktu berkenaan malah boleh dikatakan setiap hari berlaku serangan hendap di kawasan kampung saya, berdekatan Rantau Pahang dan kawasan Sungai Golok.

“Saya bersama penduduk lebih banyak memantau dan menjaga keselamatan di kampung termasuk sekatan jalan raya, memeriksa kenderaan yang dikhuatiri menyeludup masuk makanan untuk pengganas komunis di hutan,” katanya.

Katanya, banyak peristiwa yang menjadi kenangan, iaitu ketika berusia 18 tahun pernah melihat pendaratan Jepun di Kota Bharu dan diseksa Jepun.

“Semangat saya sejak dahulu tak pernah luntur berjuang melawan musuh dan saya menasihatkan anak muda supaya ikut semangat legasi perjua­ngan pahlawan dan tokoh silam mempertahan tanah air,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... i-hati-mat-ariffin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.466124 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list