CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1710|Reply: 0

[Pahang] Serik selepas 10 kali keluar masuk penjara

[Copy link]
Post time 30-8-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Pengarah Penjara Pahang, Raja Mohd Amozon Raja Daud (kanan) pada program PBSL 'Kepulangan Yang Dinanti' sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke 66 di Dewan Melati, Penjara Penor. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Sambutan Hari Kebangsaan kali ini amat bermakna bagi 43 banduan di Penjara Penor dan Bentong, di sini, apabila mereka dibebaskan menerusi program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani, hari ini.

Banduan yang dikenali sebagai, Zaidi, 29, berkata, peluang dibebaskan awal dari penjara sempena program itu akan dijadikannya semangat untuk membina kehidupan baharu yang lebih bermakna selepas 10 kali keluar masuk penjara.

"Saya akui tersalah memilih haluan hidup apabila terbabit dengan dadah sejak remaja, terlalu ikutkan hati akhirnya saya ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara sepuluh bulan.

"Ini kali ke sepuluh saya keluar masuk penjara. Pengalaman menghuni Penjara Penor banyak mengajar saya erti keinsafan, peluang pembebasan ini akan saya manfaatkan sebaiknya dengan sokongan keluarga," katanya ketika ditemui dalam program yang dirasmikan Timbalan Pengarah Penjara Pahang, Raja Mohd Amozon Raja Daud.

Dalam program itu, seramai 26 banduan dari Penjara Penor dan 17 banduan dari Penjara Bentong dibebaskan menerusi program PBSL Ihsan Madani, 'Kepulangan Yang Dinanti', sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke 66 di Dewan Melati, Penjara Penor.

Bagi banduan dikenali sebagai Isma, 24, yang sudah menjalani hukuman penjara sembilan bulan pula, pembebasan itu cukup bermakna dan dia berjanji mahu menjauhi aktiviti penyalahgunaan dadah.

"Hukuman kali ketiga ini mungkin akan menjadi sejarah terakhir berada di sebalik tirai besi, ia banyak mengajar saya erti keinsafan," katanya.

Sementara itu, Raja Mohd Amozon berkata, PBSL Ihsan Madani itu membabitkan banduan yang mempunyai baki hukuman penjara kurang daripada lima bulan.

"Program ini juga dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesesakan penghuni di Penjara Penor yang semakin meningkat.

"Seramai 806 banduan di Penjara Penor dan Bentong terpilih mengikuti program Parol, PBSL dan Rumah Transisi Industri (RTI) penjara Penor dalam tempoh lapan bulan sejak Januari," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eluar-masuk-penjara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.058994 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list