View: 3291|Reply: 1
|
Beza Agama, Rizky Febian Dekatkan Bakal Isteri Dengan Islam
[Copy link]
|
|
Penyanyi Indonesia, Rizky Febian mengakui kurang selesa membicarakan perbezaan agama dengan bakal isteri, Mahalini, sebaliknya meminta doa urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.
Katanya, perkara membabitkan kepercayaan adalah sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan kepada orang luar lebih-lebih lagi diperkatakan secara umum.
“Saya adalah orang yang tak suka memaksa kerana perkara berkaitan dengan kepercayaan ini harus diikuti tanpa paksaan jadi biarkan waktu berjalan, berikan kami masa.
“Hakikatnya kami pun sudah berbincang mengenai soal ini, begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah keluarga kami yang dapat terima antara satu sama lain.
“Doakan hubungan kami diberikan kelancaran dan sampai ke jenjang pelamin,” katanya.
Jelas Rizky atau nama sebenar Rizky Febian Adriansyah Sutisna lagi, dia mendekatkan tunangnya yang juga penyanyi itu dengan beberapa perkara berkaitan Islam.
Akui pelantun lagu Cuek itu lagi, dia cuba menunjukkan contoh sebagai seorang muslim menerusi tingkah laku seharian selain menjaga percakapan dan pergaulan.
“Secara peribadi, saya enggan terlalu memaksa kerana perkara ini melibatkan hati nurani. Biarlah waktu yang menentukan.
“Saya juga jelaskan kepada dia bahawa saya ini individu seperti apa dan bagaimana tanggapannya terhadap saya,” dedahnya yang merancang mendirikan rumah tangga tahun depan.
Rizky dan Mahalini, 23, yang beragama Hindu melangsungkan pertunangan pada 7 Mei lalu di The Langham, Jakarta setelah menjalin hubungan selama setahun tiga bulan.
Sumber: HibGlam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suka gila lagu2 mahalini ni
Suara sedap, muka cantik, badan pun lawooo |
|
|
|
|
|
|
| |
|