CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3196|Reply: 7

Pernahkah pasukan Selangor tidak membayar gaji pemain?

[Copy link]
Post time 5-1-2011 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Kepada pakar mengenai pasukan Selangor, saya ingin bertanya soalan --> Pernahkah pasukan Selangor tidak membayar gaji pemain, seperti yg berlaku dalam pasukan Perak, Pulau Pinang dan beberapa neger lagi?

TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 03:53 PM | Show all posts
tak pernah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 07:10 PM | Show all posts
tak pernah..
orangdalam Post at 5-1-2011 15:53



   Engkau confirm ke? Maknanya Selangor adalah pasukan yg cukup kaya, tak pernah ada masalah gaji pemainnya yg tertunggak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 07:58 PM | Show all posts
Engkau confirm ke? Maknanya Selangor adalah pasukan yg cukup kaya, tak pernah ada masalah g ...
DanIno Post at 5-1-2011 19:10


tak pernah dengar lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:15 PM | Show all posts
yang aku dengar takde masalah... Selangor, Negeri Sembilan ngan Kelantan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 07:24 PM | Show all posts
Ganjaran diumum Februari

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


K. Devan (tengah) bersama pemain baru skuad Selangor musim 2011 iaitu (dari kiri) S.Sritharan, Azidan Sarudin, Mohd. Fadzli Saari, K. Depan Sakwati, Yosri Derma Raju dan Saiful Amar Sudar pada majlis memperkenalkan pemain dan jersi baru pasukan itu di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

--------------------------------------------------------------------------------


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor hanya akan mengumumkan ganjaran buat pemain negeri itu yang mewakili skuad negara menjuara Piala Suzuki AFF 2010 sebulan lagi, kerana tidak mahu bersaing dengan pelbagai pihak termasuk negeri lain dan kerajaan pusat ketika ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bulan depan masa yang paling sesuai untuk melakukannya, sekali gus memberi peluang kerajaan negeri menilai dan membandingkannya terlebih dulu dengan ganjaran pihak lain.

"Kami sedang memikirkan ganjarannya yang mestilah sesuatu yang mempunyai nilai tambah dan memberikan kepentingan kepada masa depan pemain, terutama selepas karier bola sepak mereka yang biasanya cuma bertahan sehingga 35 tahun.

"Kalau kami umumkan sebulan lagi, nilai beritanya masih ada (buat media) berbanding sekarang," katanya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada majlis memperkenalkan pasukan Liga Malaysia Selangor 2011 dan pelancaran pakaian rasmi pasukan di Stadium Shah Alam, semalam.

Beliau mengulas limpahan ganjaran yang dinikmati skuad juara Piala Suzuki AFF sejak bulan lalu antaranya wang, tanah lot dan rumah daripada kerajaan negeri Kelantan dan Perak, Kerajaan Pusat, penaja, Kementerian Belia dan Sukan termasuk kepada penyerang Selangor, Safee Sali.

Bagaimanapun katanya, seluruh negeri wajar berbangga dengan kehadiran tujuh pemainnya dalam skuad juara itu seperti Safee, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim, K. Gurusamy Govandar, Mohd. Amri Yahyah, Razman Roslan dan Amirulhadi Zainal selain jurulatihnya, K. Rajagobal.

Mengenai penajaan Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku penaja utama Merah Kuning, katanya, musim ini sebanyak RM4 juta diperuntukkan dengan sasaran ditetapkan buat anak buah K. Devan ini memenangi tiga piala termasuk Piala Malaysia.

"Saya berharap Selangor dapat mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah bagi tahun ketiga berturut-turut dalam perlawanan sumbangsih Liga Super musim ini dengan menentang Kelantan, sekali gus memastikan tiga mata sulung di gelanggang sendiri, Stadium Shah Alam.

"Selain itu saya menyeru penyokong kedua-dua pasukan mengelakkan perkara tidak diingini dan bekerjasama dengan pihak keselamatan dalam perlawanan itu dan bagi Selangor, biarlah kita tunjukkan semangat budiman, disiplin dan kesukanan serta kesopanan yang tinggi kepada lawan.

"Musim ini Selangor juga memutuskan untuk tidak menyertai Piala AFC (selaku juara Piala FA 2010) kerana mahu menumpukan pembangunan akademi bola sepak Selangor yang melibatkan sekolah rendah untuk menghadapi Liga Belia Malaysia yang dijangka kembali tahun depan," katanya.

Katanya, Selangor juga merancang membentuk kerjasama dengan beberapa kelab England atau negara Eropah lain untuk menghantar pemainnya berlatih di sana menerusi bantuan penaja kelengkapan pasukan, Kappa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dpt jugak red giants habuan dr kerajaan negeri....walaupun.....harus le kena bersaing utk merebut piala Malaysia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2011 12:54 AM | Show all posts
...DAH LA ...BERANGAN JE LA LEBIH... JGN CKP LA SELANGOR NAK KAUT 3 PIALA, PIALA  YG ADA SUMBANGSIH PUN DAH TERLEPAS KEPADA KELANTAN....! CEHH! PORAHH CIK..! INI SEMUA TARAK GUNA CAKAP PUNYA..INI SEMUA AUTA SAJA LIBEHH..!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 12:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by abgrindu28 at 30-1-2011 01:10

...SELANGOR TAHUN NI BANYAK PEMAIN-PEMAIN NYE SEMUA SUDAH TUA, MAIN BOLA MACAM KUDA KAYU SAJA... K. DEWAN SUDAH TARAK IDEA, DIA PUNYA TEKTIKAL DAN SET PIS SEMUA ORG BOLEH BACA ..! PEMAIN SELANGOR , MAIN BOLASEPAK MACAM TEAM BUDAK SEKOLAH RENDAH SAJA. TARAK PROFESIONAL..! KITA DATANG STADIUM MAHU TGK GAME YG ADA QUALITY BUKAN  MAHU TGK PEMAIN YG TIADA QUALITY DAN GAME SERUPA MAHU MATI..!  ...AKU CADANG  SELANGOR MESTI KENA TIRU GAYA DAN TEKTIK MCM  TEAM BACALONA LA ..BARU BOLEH PERGI JAUH... ' BUKAN LAGI MUNDUR DAN TERUK..!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.064201 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list