CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2861|Reply: 4

Nak Melancong Ke Korea Dah Tak Perlu Risau Tempat Solat

[Copy link]
Post time 9-9-2023 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Semakin banyak hotel dan tempat menarik di Korea memperluaskan kemudahan dan perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan pelancong Islam. Oleh itu banyak tempat di Seoul, Korea terutamanya telah mula menyediakan bilik doa atau tempat solat bagi memudahkan pelancong Islam menunaikan kewajipan yang satu itu. Berikut adalah senarai masjid dan tempat solat di Seoul untuk makluman anda.


Seoul Central Mosque, Itaewon


Masjid ini merupakan satu-satunya masjid di Seoul yang terletak berhampiran dengan Itaewon Station (line 6). Di sekitarnya juga terdapat banyak gerai-gerai yang menyediakan pelbagai makanan halal.






Taman Tema Everland

Everland merupakan salah satu taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Sangat besar dan luas dan memerlukan seharian untuk menerokai taman-taman yang ada di dalamnya. Di sini juga disediakan sebuah surau untuk anda solat dengan selesa. Surau itu terletak bersebelahan dengan Taman Shooting Ghost dan satu lagi di Mystery Mansion.


kredit: @wishpower



Nami Island

Kalau datang bercuti ke Korea, anda mesti takkan lepaskan peluang untuk ke Pulau Nami yang merupakan salah satu tarikan utama di Korea. Tempat ini merupakan lokasi drama Korea popular yang bertajuk Winter Sonata pada tahun 2000. Di sini juga disediakan satu tempat solat yang selesa dan terletak dalam bangunan Restoran Asian Cuisine.


kredit: @mayataufiq




Myeongdong

Myeongdong merupakan syurga membeli-belah untuk mereka yang suka menggunakan barangan korea seperti pakaian dan barangan kosmetik. Jika anda sukakan barangan berjenama, inilah tempatnya. Oleh itu, jika anda hendak menghabiskan banyak masa ini sampai perlu mencari tempat untuk menunaikan solat, anda boleh ke Lotte City Hotel Myeongdong. Hotel ini menyediakan satu bilik solat untuk pelancong Islam. Jika tidak sempat ke hotel itu, anda boleh ke M Plaza Building dan solat dengan selesa di sebuah ruangan di tepi tangga exit door.






Tourism Information Center, KTO HQ

Bilik solat di bangunan ini terletak di basement, dan dipanggil 기도실 (gido-shil) dalam bahasa Korea. Biliknya tidaklah besar sangat tapi cukup selesa untuk anda dirikan solat. Namun begitu, bilik ini dikongsi oleh kedua muslimin dan muslimat dan tempat wudhu disediakan dengan menggunakan tandas untuk orang kurang upaya.






Lapangan Terbang Incheon


Untuk mana-mana pelancong yang mungkin terkandas di Incheon International Airport atau ingin mendirikan solat menunggu waktu pelepasan ke destinasi seterusnya, jangan risau. Pihak lapangan terbang telah menyediakan ruangan solat untuk pelancong muslimnya. Surau ini terletak di sebelah Departure Hall 24 selepas anda melalui immigration. Arah kiblat, sejadah dan Al-Quran disediakan cumanya anda perlu mengambil wudhu’ siap-siap di tandas berhampiran.






COEX



Ruang solat itu terletak di tingkat 3 berhampiran dewan E Coex Mall dan ia telah mengasingkan surau untuk lelaki dan wanita. Ia dibuka setiap hari dari 3 pagi hingga 10 malam. Alatan lain untuk solat seperti Sajadah, Al-Quran, kiblat dan jam turut disediakan untuk kemudahan tetamu.


Coex Mall terletak betul-betul berdekatan dengan SMTown Coex Artrium, jadi jika anda ingin membeli-belah, jangan risau terlepas solat kerana anda boleh membuat persembahan di musolla ini. Terdapat juga restoran Halal Validated di pusat membeli-belah ini juga.









Lotte World

Lotte World ialah sebuah pusat rekreasi dengan taman tema indoor terbesar di dunia. Bilik solatnya menyediakan jadual solat, al-quran, sejadah, arah kiblat, selipar, dan bilik wuduk.






K-Style Hub

K-Style Hub ialah sebuah pusat informasi pelancong, di mana korang boleh cuba masak makanan Korea, pakai baju tradisional, belajar budaya Korea dan banyak lagi. Bilik solatnya menyediakan jadual solat, al-quran, sejadah, kiblat, telekung, selipar, dan bilik wuduk.






Semakin banyak kemudahan mesra muslim yang disediakan di Seoul, Korea. Tempat-tempat lain untuk menunaikan solat boleh dirujuk pada pautan ini dan anda tidak perlu risau lagi ketika memilih Korea sebagai destinasi pelancongan anda seterusnya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 09:30 AM | Show all posts
tq for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:50 PM | Show all posts
Skorea sudah makin mesra islam.. semoga ada rezeki nak pergi satu hari nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih info yg bermanfaat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.033528 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list