View: 2797|Reply: 6
|
Ashton Kutcher, Mila Kunis Jelas Tujuan Surat Sokongan Ditulis, Bukan Setuju Perbuatan Rogol Danny Masterson
[Copy link]
|
|
Pasangan pelakon Ashton Kutcher dan Mila Kunis dikecam hebat susulan menulis surat sokongan kepada mahkamah tentang aktor Danny Masterson yang dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara atas kesalahan rogol.
Menjawab kritikan itu, Ashton, 45, menjelaskan dia dan Mila tidak berniat menyokong perbuatan dilakukan Danny sebaliknya surat itu ditulis sebagai memenuhi permintaan keluarga aktor itu.
Ashton Kutcher dan Mila Kunis
Keluarga Danny meminta mereka menceritakan karakter aktor itu supaya ia boleh dijadikan pertimbangan mahkamah bagi mengurangkan hukuman dikenakan terhadapnya.
"Kami sentiasa menyokong mangsa terlibat dan keluarga Danny meminta kami menulis surat menceritakan tentang karakternya supaya ia boleh menjadi pertimbangan dalam keputusan mahkamah," jelasnya.
Ashton dan Mila memuat naik video permohonan maaf dan penjelasan tersebut di laman Instagram selepas teruk dikecam ramai.
Danny menerima hukuman penjara atas tuduhan merogol.
Danny yang juga pelakon sitkom The 70s Show bersama Mila dan Ashton dijatuhkan hukuman penjara minggu lalu atas tiga kesalahan merogol yang dilakukan antara tahun 2001 hingga 2003.
Pelakon berkenaan bagaimanapun akan mengemukan rayuan kerana percaya dia tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
iols kalau dlm situasi kutcher couple ni, iols pun xtau nak buat apa. tp most likely iols xkan tulis kot takut disalah anggap menyokong. tho surat tu maybe hanya utk karektor assessment for court's consideration. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 11-9-2023 06:24 PM
BoongaKertas: iols kalau dlm situasi kutcher ...
Pada i ni x relevant. Yg relevant masa dia merogol tu. So elok la masuk jail 30tahun. Prempuan yg dirogol tu xde pun di beri pertimbangan? Perogol pulak mcm2 peluang diberi
Who give's a #&£#&?? |
|
|
|
|
|
|
|
Supporting a rapist. I want to vomit. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah cancel couple ni sejak dia orang cakap tak mandikan anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
karakter tak karakter, member dah rosakkan orang. apa lagi yang nak dipertahankan.
ingatkan bijak pasangan ni rupanya hauk |
|
|
|
|
|
|
| |
|