View: 4945|Reply: 3
|
Amaran Keras, Jangan Lakukan 10 Perkara Ini Semasa Melancong Di Korea Selatan!
[Copy link]
|
|
Kalau ada rancangan nak ke Korea Selatan, pastikan anda dah tahu 10 pantang larang yang perlu dipatuhi ketika berada di di sana.
Jom check it out!
1. Memegang bawah mangkuk makanan
Foto: Google
Di Korea, biasanya mereka akan hidangkan nasi di dalam mangkuk namun memegang bawah mangkuk dianggap tidak sopan dan boleh mengakibatkan tangan melecur disebabkan mangkuk yang panas.
2. Perlu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memberi duit atau barang ke orang lain
Di negara Asia kita perlu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memberi dan menerima sesuatu seperti buah tangan atau duit kerana ia merupakan tanda hormat pada penerima dari pemberi.
Yang menerima juga perlu mengambilnya dengan kedua belah tangan supaya pemberi tak beranggapan bahawa penerima kurang berminat untuk menerima sesuatu darinya.
3. Jangan pernah main dengan penyepit makanan
Foto: Google
Penggunaan penyepit makanan juga ada tatacaranya tersendiri. Antara contoh yang diketahui adalah tak boleh menikam makanan dengan penyepit kerana ianya nampak seperti menghina tuan rumah atau tukang masak yang memasak makanan tersebut.
Tak boleh juga menegakkan penyepit kerana ianya akan menyerupai kemenyan yang dibakar pada majlis pengebumian dan juga dikatakan sebagai malang.
4. Tidak boleh makan dan minum dalam bas
Anda tak boleh bawa makanan atau minuman di dalam bas walaupu makanan itu tertutup. Kalau pemandu bas mendapat tahu yang anda akan diturunkan dengan serta-merta atau kena bayar denda.
5. Jangan bercakap dengan kuat di tempat awam
Jangan membuat bising ketika berada di tempat awam. Kalau bercakap kuat di tempat awam, korang akan dianggap sebagai seorang yang rude. Jadi, korang perlu tahu perkara basic ini.
6. Tidak menunjukkan tattoo
Di Korea, tattoo adalah salah satu hal yang tidak dipandang baik untuk dimiliki oleh seseorang.
Di Korea, jika seseorang itu menayangkan tattoo, kemungkinan mereka tidak dilayan dengan baik dan akan kurang mendapat pekerjaan.
Biasanya, golongan yang berusia di sana beranggapan bahawa orang yang ada tattoo ini adalah seorang yang jahat.
7. Jangan meletakkan kaki di atas perabot
Foto: Google
Bercakap sahaja pasal adab, Korea penuh dengan adab dan tatatertibnya sendiri. Salah satu adab yang ada di Korea juga adalah jangan meletakkan kaki di atas perabot.
Di Korea, kalau anda cuba untuk mengangkat kaki dan letak di atas perabot, ia akan dianggap sebagai kurang manis dan tidak beradab.
Tambahan, bawah tapak kaki kita kan kotor untuk diletakkan di atas perabot. Jadi, perkara ini tak boleh dijadikan sebagai satu kebiasaan!
8. Jangan letakkan duit atau kad kredit di atas kaunter pembayaran
Banyak negara terbiasa membayar dengan kad kredit atau secara tunai di kaunter dan meja makan.
Jadi, kalau korang berada di kedai makan atau kafe terutamanya di Korea, jangan tinggalkan duit atau kad kredit di kaunter pembayaran dan meja makan tau sebab ia dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan.
9. Menulis dengan dakwat merah
Foto: Google
Di Korea menulis nama atau sesuatu dengan dakwat merah adalah seperti korang menginginkan seseorang itu meninggal dunia.
Disebabkan itu, kita dilarang untuk menulis apa-apa pun terutamanya nama orang dengan menggunakan dakwat merah.
10. Pilih tempat duduk yang betul di pengangkutan awam
Tak semua tempat duduk dalam pengangkutan awam itu boleh diduduki tau, nanti orang Korea marah!
Pengangkutan awam di sana mempunyai tempat duduk dikhaskan oleh golongan tertentu saja. Jadi, pastikan korang peka dengan tempat duduk yang mahu diduduki semasa menaiki pengangkutan awam. -CARI
Sumber: KimchiDaily |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulu tahun 2009 1st time gi Korea.. main ddk je dlm subway kt seat plg hujung2.. kena kacau dgn Harabeoji mabuk mlm2.. ruper rupernyer tu seat utk ibu mengandung/elderly/etc
sbum kuar dt tren dok wish dia have a nice dlm Korean.. haha terkejut dia~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|