View: 1372|Reply: 13
|
Menyesal Gadai Gelang Hampir RM10,000 Nak Tolong Kawan, Akhirnya Diri Sendiri Kena Tebus Dan Bayar Faedah Selama 6 Bulan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita Aiza Roslan sanggup menggadaikan barang kemas miliknya demi membantu sahabatnya yang dalam kesusahan.
Menerusi satu video tular, wanita tersebut kelihatan menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri setelah berasa dikhianati oleh sahabatnya itu.
Mana tidaknya, dia sendiri terpaksa menebus kembali barang kemas yang telah digadai dengan nilai mencecah RM10,000.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/14/141452czm0hzcgt09b0t9h.png) Foto: mStar
"Selepas sembilan bulan saya gadaikan gelang semata-mata sebab nak tolong kawan.
"Saya kena tebus balik semula. Salah saya ke nak tolong kawan? Nak tolong kawan yang dalam kesusahan.
"Saya kumpul duit. Bodoh sangat ke saya tolong orang? Atau saya tolong orang yang salah," katanya dalam video sambil mengalirkan air mata.
Jelas Aiza, selain perlu menebus sendiri emas yang digadai bernilai RM9,072.65 dia juga perlu membayar kadar faedah selama enam bulan pertama sejumlah RM500 kepada kedai pajak gadai.
Tambahnya lagi, walaupun terpaksa menebus barang kemas sebelum hutang dilangsaikan, dia sama sekali tidak menyalahkan sahabatnya itu.
Malah dalam hantaran video kedua, dia menganggap segala kesulitan dalam hidupnya merupakan ujian Allah.
"Kita nak membantu orang tapi orang tu hanya menyusahkan kita. Allah nak duga saya ke ni? Adakah saya mampu ke tolong dia ni?
"Bagi saya, kalau tak ada duit, tak payah tolong sampai nak bergolok bergadai tolong kawan tapi kesudahannya macam ni.
"Dia cuba nak bayar tapi tak mampu nak bayar tapi inilah dugaan saya dan dia. Balik kepada Allah dengan banyakkan berdoa minta ampun dan dilapangkan segala kesulitan," katanya lagi.
Setelah video dikongsikan tular, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita ini serta menasihatinya supaya buat baik berpada-pada.
Di penghujung video, dia turut memaklumkan bahawa masih terdapat tiga lagi surat gadaian yang belum ditebus serta meminta orang ramai mendoakan dirinya.
"Ambil pengajaran sis. Jangan bergantung pada manusia dan jangan biar manusia bergantung kepada kita. Baik berpada-pada.
"Biasanya orang yang baik akan terus diuji. Sabar sis. Saya pernah rasa macam sis rasa.
"Menangis bukan sebab duit sebenarnya. Sedih tu lebih kepada dikhianati orang kita sayang dan percaya," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Bab hutang ni iols dh byk kali kena. Sebenarnya kita yg bodoh. Jgn salahkan peminjam. Baik x bertempat |
|
|
|
|
|
|
|
hmm... sorry sbb ai cm terpikir nape gigih nk tolong org yg ujung2 diri sendiri merana?
atau merempan kt viral utk raih simpati atau sebaliknya? ai rasa org yg dia ni beria2 tolong tu belum tentu akan wat perkara yg sama kt dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak harap influencers tebus blk baki 3 lg surat gadai ko ka mcm mna?
Ni soklan jujur ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan kaka dia pajak gigi emas, sampai sekarang gigi dia macam vampire friska |
|
|
|
|
|
|
|
kalau redha dah anggap tu ujian dari Allah nape gigih sgt nak up video viralkan?
nak suruh org komen ko terlampau baik hati?ke nak tyg byk brg kemas utk digadai?? gitewww hati berkeladak iols bersuara
|
|
|
|
|
|
|
|
halah3 baru 3 surat..mil i penah simpan skali 20 surat time tu sesak namati.. |
|
|
|
|
|
|
|
I dah sekat WA nombor yg tiap bulan nak pinjam duit. malas nak tolong dah. kita yg letih nak kutip duit semula |
|
|
|
|
|
|
|
bab hutang ni dgn anak beranak adik beradik laki bini pon boleh gadu beso inikan plak org yg takde related (kawan kenalan etc) |
|
|
|
|
|
|
|
Betol kawan je ke? Ke dah main cat dinding?? ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hehe possible jugak tu...ntah betul ke tak kasi kawan pinjam tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri gadai nak tolong kawan. Sendiri tahu kawan tak mampu nak bayar utk tebus. So apa point engkauuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kata tak salahkn kawan tu tp ko viralkan jugak.![](static/image/smiley/default/3doh.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|