View: 303|Reply: 0
|
Jijoe terbabit kemalangan, tiada kecederaan serius
[Copy link]
|
|
AZIZULHASNI Awang. FOTO AFP VIDEO Azizulhasni Awang
Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hampir saja terpaksa melupakan Sukan Asia Hangzhou apabila terbabit dengan kemalangan ketika menjalani latihan baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video berdurasi 36 saat di Facebook Azizulhasni Awang menyaksikan pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu seperti melambung ketika berada di selekoh dalam usahanya untuk mengejar motosikal pada sesi latihan terbabit.
Walaupun kemalangan itu dilihat agak teruk namun Azizul berkata, kemalangan itu tidak mendatangkan kecederaan serius namun pada masa sama ia bukanlah 'bahan jenaka'.
"Sekadar ingin berkongsi dengan semua yang saya pernah terlibat dalam kemalangan kelajuan tinggi semasa sesi latihan disebabkan kegagalan mekanikal.
"Kemalangan berlaku di selekoh pertama velodrome pada kelajuan tertinggi ketika saya melakukan usaha kelajuan mengejar motosikal.
"Saya rasa bersyukur kerana kemalangan ini tidak menjadi lebih teruk. Ia boleh menyebabkan kecederaan teruk. Apa-apa kemalangan berlaku dalam situasi tertentu ini bukanlah satu jenaka. Alhamdulillah Allah selamatkan saya. Syukur," tulis Azizul di Facebook miliknya.
The Pocket Rocketman itu dalam rangka persiapan untuk menyertai Sukan Asia Hangzhou bermula 26 hingga 29 September di Velodrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou.
Mengikut rekod, pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland, bulan lalu, iaitu aksi terakhir Azizulhasni, The Pocket Rocketman itu gagal meraih sebarang pingat berikutan sukar melalui proses pemulihan dan tersilap strategi berikutan jadual perlumbaan padat.
Azizulhasni meraih satu pingat emas menerusi acara pecut pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selain turut meraih pingat perak (pecut berpasukan) dan gangsa untuk acara keirin.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... deraan-serius-video |
|
|
|
|
|
|
| |
|