CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3730|Reply: 4

Isteri Tak Boleh Terima Suami Makan Nasi Kuah Air Mineral, Dengan Air Paip Pun Boleh

[Copy link]
Post time 19-9-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki Chailany, 31, menjadi perhatian selepas berkongsi video mencampurkan air mineral ke dalam sepinggan nasi.


Katanya  hidangan berkenaan merupakan satu kebiasaan di negara asalnya, Kemboja.


Senang disapa Chai, dia yang menetap di Malaysia sejak tahun 2004 mengakui masih meneruskan tradisi itu meskipun ia sukar diterima oleh isterinya sendiri.








"Saya sebenarnya bukan lokal. Saya orang Kemboja. Makanan ini biasa di Kemboja. Kalau ikutkan bukan dengan air mineral je, dengan air apa-apa pun boleh, termasuklah air paip.


"Zaman dulu biasa makan dengan garam je. Selain itu, boleh juga makan dengan ikan salai atau kan pdam dalam bahasa Cham. Tapi kalau makan dengan ikan salai tu, dah dikira mewah.


"Saya masih amalkan cara makan ini sampai sekarang. Cuma isteri tak boleh ikut. Dia tengok saya makan mi segera dengan nasi pun dia pelik," katanya kepada mStar.


Chai yang bekerja sebagai content reviewer berkata menu hariannya normal seperi orang lain dan dia hanya menikmati menu unik itu sekali-sekala sahaja.


Berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia pada 2020, Chai yang menetap di Puchong, Selangor meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi tentang hidangan unik itu menerusi aplikasi TikTok.





Video itu menerima lebih 100,000 tontonan dan turut dihujani komen netizen yang bercerita pengalaman mereka menikmati makanan sama.


Malah, ada netizen yang turut berjenaka dengan menyamakan makanan itu seperti makanan yang diberikan kepada angsa.


"Macam makanan angsa opah aku, tapi angsa tu dah kena sembelih.


"ernah juga campur nasi dengan air teh. Lagi satu, gaul nasi dengan gula dan kelapa parut.


"Teringat arwah nenek. Buat macam ni untuk cucu-cucunya, tapi letak gula sikit biar rasa manis.


"Kalau bapa saya dulu letak garam sikit. Kalau ada ikan masin lagi sedap. Ingat keluarga saya je makan macam ni," tulis beberapa netizen.


Mengulas video tular itu, Chai berkata hantarannya di TikTok tidak menerima komen negatif, sebaliknya dipenuhi dengan komen positif netizen.


"Kebanyakannya komen positif. Mereka cuma berkongsi pengalaman dalam komen tu. Tapi saya pula yang pelik dengan komen netizen.


"Sebab ada yang makan dengan kopi, teh, cili dan macam-macam lagi," ujar Chai yang juga bapa kepada seorang cahaya mata. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 10:44 AM | Show all posts
Normal ler tu.. dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahmad maslan dh lama popularkan makan nasi tuang air panas dlm nasi. Rilek je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
housemateku dulu mkn nasi campur air suam. mkn dgn ikan pekasam.
urang banjar mmg mkn begitu. tp kulit dia mmg putih mulus. kalo pakai baju warna merah.. berbalik merah terang nya pd tangan dia.
sbb aku tk mkn ikan pekasam. kalo dia menggoreng mmg duduk luar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:39 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.133148 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list