View: 3154|Reply: 1
|
Ustaz Derry Dakwa Mondy Tattoo Tipu Dan Cuma Mahu Wang, "Tak Terkira Baiknya, Saya Tak Pernah Jumpa Orang Sebaik Ustaz Ebit Lew"
[Copy link]
|
|
Seorang sahabat kepada Ebit Lew tampil mempertahankan pendakwah tersebut susulan dakwaan wanita bernama Mondy Tattoo dari Indonesia.
Dikenali sebagai Ustaz Derry, dia mendakwa segala tuduhan Mondy terhadap Ebit adalah bohong semata-mata.
Sehubungan itu dia mendedahkan satu tangkap layar mendakwa perbualan WhatsApp antara dia dengan Mondy.
Foto: mStar
Dalam perbualan itu, Mondy dikatakan mengaku segala yang diperkatakan dalam sebuah temuramah di ‘podcast’ bersama penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice adalah tidak benar.
"Ye yang masalah pemerkosaan (cabul) tu tak betul Mondy bohong.
"Yang pegang-pegang juga Mondy bohong. Sebenarnya tak ada macam tu. Saya cuma mahukan wang saja," tulisnya dalam mesej tersebut.
Pendedahan Ustaz Derry dibuat menerusi siaran langsung media sosial yang dimuat naik semula LocalWheel.SG di TikTok.
Dalam pada itu Ustaz Derry turut memuji keperibadian Ebit yang dikatakan sangat pemurah.
Walaupun Ustaz Derry bukannya golongan miskin, namun Ebit tetap membawa pelbagai buah tangan sekira sahabatnya datang ke Malaysia.
"Tak terkira baiknya. Saya tak pernah jumpa orang sebaik Ustaz Ebit Lew.
"Kalau saya pergi ke Malaysia dia akan berikan duit meskipun saya bukan tak ada duit. Saya mempunyai harta, semua ada.
"Saya selalu diberikan hadiah dibawa oleh Ebit. Akhlak yang luar biasa. Bahasa yang santun dan lembut. Allah sayang kepada kita tapi masih ada yang cari aibnya," katanya dalam video tersebut.
Ujar Ustaz Derry lagi, dia tidak faham mengapa sahabatnya itu berdepan ujian seperti ini.
"Apa yang dimahukan, saya pun bingung. Entah apa masalah dia. Entah apa kesalahan ustaz Ebit.
"Saya tak ada masalah peribadi atau apa pun. Saya sampaikan perkara ini kerana Allah saja. Kan mahkamah dah buktikan dia tidak bersalah," ujarnya lagi.
Terdahulu, Caprice atau Ariz Ramli, 33, menjelaskan pihaknya sudah membuat laporan polis sebelum membuat rakaman podcast bersama Mondy.
Dia juga sudah menghantar Mondy membuat penilaian pakar psikiatri selain merakam semua perbualan dengan pasukan individu berkenaan sebagai bukti.
Selepas segala dakwaan dibuat, Ebit yang baru pulang dari Jeddah segera membuat laporan polis di USJ 8, Subang Jaya, Selangor, pada Isnin berikutan tuduhan yang dikatakan melampau dan tidak berasas terhadapnya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|