|
NEW DELHI, India – Seorang bayi perempuan dilahirkan memiliki tujuh jari pada setiap tangan dan enam jari pada setiap kakinya.
Bayi yang dilahirkan di Bharatpur, negeri Rajasthan itu mengalami keadaan anomali genetik.
Portal berita MailOnline melaporkan, ibunya, Sarju Devi, 25, bagaimanapun dilaporkan gembira walaupun doktor menyifatkan anaknya dilahirkan dengan keadaan tersebut.
Foto: MailOnline
Saudara lelaki Sarju berkata: “Saudara perempuan saya melahirkan bayi yang mempunyai 26 jari dan kami menganggap dia sebagai dewi. Kami sangat gembira.”
Sementara itu, bapa bayi tersebut, Gopal Bhattacharya juga dikatakan sangat gembira dengan kelahiran anaknya.
Pada masa ini, tidak diketahui sama ada keluarga itu merancang melakukan pembedahan ke atas bayi perempuan mereka bagi mengurangkan bilangan jari tersebut. -CARI
Sumber: Kosmo |
|