Edited by JoyahMengayah at 25-9-2023 02:48 AM
KUMPULAN terkenal Blackpink menyudahkan konsert jelajahnya di Seoul setelah mendarat ke 34 bandar seluruh dunia sejak setahun lalu. Pada konsert terakhir ‘Born Pink’ yang diadakan baru-baru ini, Blackpink menjadi satu-satunya kumpulan yang diberi penghormatan untuk mengadakan konsert mega di stadium Gocheok Sky Dome, Korea.
Malam terakhir tersebut sangat bertenaga, dibanjiri lautan manusia mengenakan warna merah jambu serta sangat beremosi buat gadis Blackpink. Turut tular, video Lisa dan Jennie menangis tidak dapat menahan sebak semasa konsert terakhir Born Pink.
Beberapa minggu kebelakangan ini, khabar angin mengenai pembubaran penyanyi Shut Down itu semakin diperkatakan. Terutama membabitkan salah seorang ahlinya, Lisa, yang dikatakan menolak tawaran bernilai RM176 juta daripada YG Entertainment.
Sebelum itu, Jennie turut dikhabarkan akan meninggalkan YG Entertainment dan tidak mahu menyambung kontrak dengan syarikat rakaman dan pengurusan bakat itu. Namun begitu, belum ada apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan kedua-dua pihak.
Tangisan Jennie dan Lisa pada malam itu semestinya mengundang tanda tanda dan perasaan bercampur baur dalam kalangan peminat. Ada juga khabar angin yang berlegar menyatakan Jisoo dan Rose akan menandatangani kontrak baru bersama Black Label di bawah YG Entertainment.
Jika anda tertanya-tanya mengapa isu kontrak ini tiba-tiba wujud dalam kalangan ahli Blackpink, ini semua melibatkan satu dasar undang-undang oleh Suruhanjaya Perdagangan Korea. Mereka hanya membenarkan kontrak eksklusif bertahan selama tujuh tahun dalam satu-satu masa bagi mengelakkan berlaku kontrak yang terlalu lama.
Maka mana-mana kumpulan yang memulakan kerjaya atau debut pada tahun 2016 perlu memperbaharui kontrak. Pembaharuan kontrak ini mungkin akan mengakibatkan pengurangan ahli. Jika mereka enggan, kumpulan itu akan dibubarkan. Blackpink termasuk dalam kumpulan yang memulakan debut pada 2016.
Tahun ini sahaja, beberapa kumpulan seangkatan Blackpink turut mengalami nasib buruk kerana dibubarkan selepas kontrak tamat. Beberapa girl group membubarkan kumpulan antaranya Brave Girl yang popular dengan lagu Rollin 2017.
Turut mengikuti langkah sama ialah Momoland kerana kontraknya tamat pada Januari. Mereka sebelum ini dikenali dengan lagu Bhoom Bhoom 2018.
Namun menurut warga industri seni korea, potensi untuk YG Entertainment menyambung kontrak dengan Blackpink tipis kerana banyak syarat dan halangan yang menyukarkan proses pembaharuan kontrak.
Jika melihat sejarah, Blackpink debut pada tahun yang sama ketika senior mereka 2NE1 menghadapi masalah pembaharuan kontrak. Ketika Blackpink semakin laku, semua aktiviti kumpulan 2NE1 berakhir pada November 25, tahun yang sama. Tidak mustahil YG Entertainment sudah bersedia untuk mengeluarkan Baby Monsters menggantikan Blackpink.
Jika kontrak mereka tidak disambung, mereka tidak akan mempunyai hak untuk menggunakan nama Blackpink. Namun begitu, nama solo mereka sahaja sudah cukup berpengaruh untuk mengeluarkan apa-apa karya. Mereka boleh bergerak sendiri tanpa nama Blackpink memandangkan mereka sudah pun berkolaborasi dengan industri fesyen berjenama dunia.
|