|
Lucinta Luna muntah darah sehingga mengeluarkan paku.
Dia merintih kesakitan sebaik sahaja bangun dari tidur sambil memegang perut sebelum meminta pertolongan rakan-rakannya.
Foto: IG
"Ya Tuhan, apa yang terjadi pagi ini, sesakit inikah saya mengalami morning sickness di usia kehamilan enam minggu.
"Saya rasa seperti ada yang aneh dengan kehamilan kali ini," katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram.
Lucinta atau Muhammad Fatah, 34, turut meminta rakan untuk menghubungi tunangnya iaitu Alan untuk segera pulang kerana keadaan dirinya yang tidak begitu baik.
Bagaimanapun, menurut dua rakannya itu, Alan tidak boleh pulang kerana sedang menjalani latihan ketenteraan di Ukraine.
"Tolong telefon papa Alan Boltian agar segera pulang kalau isterinya sekarang mengalami morning sickness yang luar biasa," ujarnya.
Bagaimanapun, keadaan Lucinta semakin memburuk apabila personaliti itu batuk berdarah dan turut terlihat beberapa batang paku keluar daripada muntahnya.
Rakan-rakannya itu terkejut dan bertanya sama ada Lucinta telah pun disihir.
"Ya Tuhan, Astagfirullahalazim kakak (Lucinta)... ada paku. Kamu disihir ke?
"Ini bayi manusia atau bayi jin... telefon ambulan," kata rakannya.
Sebelum ini, Lucinta memaklumkan dia terpaksa berpisah dengan Alan yang perlu menjalani latihan ketenteraan di Ukraine.
Lucinta yang mendakwa sedang hamil anak Alan memberitahu akan setia menanti kepulangan lelaki itu ke Indonesia bagi membesarkan anak mereka bersama-sama.
Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia. -CARI
Sumber: mStar
|
|