CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8952|Reply: 0

Skuasy berpasukan pasti sumbang 2 pingat

[Copy link]
Post time 28-9-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

SIVASANGARI tidak berdepan masalah tewaskan lawannya. FOTO ASYRAF HAMZAH

Hangzhou: Pasukan skuasy lelaki dan wanita negara sudah pasti akan menghadiahkan pingat buat kontinjen negara di temasya Sukan Asia, Hangzhou kali ini selepas berjaya menempah tiket ke separuh akhir.

Skuad wanita negara tidak berdepan masalah apabila berjaya muncul juara kumpulan B dan mengekalkan rekod kemenangan bersih selepas mengatasi India 3-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Dalam aksi pertemuan menentang India, pasukan negara mempertaruhkan S Sivasangari selaku pemain perseorangan pertama diikuti Aifa Azman dan Rachel Arnold.

Sivasangari menghadiahkan mata pertama buat negara apabila pemain ranking ke-36 dunia itu menang 3-0 ke atas Joshana Chinappa, 11-6, 11-2, 11-8 dalam tempoh 21 minit.

Dia yang menjadi tunjang utama negara gembira apabila dapat bermain dengan baik biarpun mengakui momentumnya sedikit merosot di set ketiga.

"Semua berjalan dengan lancar di dua set awal tapi di set ketiga ia agak merosot.

"Tapi saya gembira saya dapat bangkit untuk menang 3-0 dan saya yakin kami akan dapat mengekalkan rentak untuk perlawanan esok (separuh akhir)," katanya.

Sementara itu Aifa yang turun selaku perseorangan kedua bagaimanapun menerima tentangan sengit dari pemain ke-74 dunia Tanvi Khanna.

Tewas di set pertama 9-11, Aifa bangkit menembus kesalahannya di set kedua apabila menang 11-1 namun tewas di set ketiga dan keempat 7-11 sebelum menoktahkan kemenangan di set keempat dan kelima 13-11, 11-5 .

Rachel menutup aksi dengan kemenangan 3-0, apabila menewaskan Anahat Singh, 11-7, 11-7, 14-12.

Muncul juara kumpulan, bermakna skuad wanita bakal berdepan Korea Selatan yang menghuni tangga kedua kumpulan A, selepas mereka berjaya menundukkan Jepun 2-1 pada perlawanan terakhir.

Mengulas mengenai perlawanan esok, Sivasangari yakin barisan pemain negara mampu untuk mengekalkan momentum kemenangan.

"Ini pasukan yang berbeza ketika di Palembang (2018) yang dibarisi Datuk Nicol David, Low Wee Wern dan saya paling muda ketika itu.

"Tapi saya, yakin kita boleh menang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ti-sumbang-2-pingat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057520 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list