View: 8899|Reply: 0
|
'Little Gorilla' menang lagi
[Copy link]
|
|
PELUMBA Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn muncul juara peringkat keenam pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Karak-Melaka sejauh 174.5 kilometer (km). FOTO ASWADI ALIAS
Melaka: Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn yang terkenal dengan nama gelaran 'Little Gorilla' berjaya melakukan henjutan padu pada penamat beramai-ramai untuk muncul juara peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Karak ke Melaka sejauh 174 kilometer (km).
Ia adalah kemenangan kedua pelumba Belanda itu dalam penampilan sulung di LTdL selepas mucul juara di peringkat pertama dari Kerteh ke Kuala Terengganu Sabtu lalu.
De Kleijn meraih kemenangan ke-11 dalam kariernya selepas mengetepikan pelumba Human Powered Health, Sasha Weemaes di tempat kedua, manakala wakil Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa ketiga dengan kesemua meraka merakam masa sama 4 jam 8 minit 19 saat (s).
"Kemenangan pada hari ini benar-benar luar biasa dan ia dibantu hasil kerja keras rakan sepasukan saya. Pada mulanya kami sedikit bergelut di hadapan tetapi kami berjaya tingkatkan kelajuan pada penghujung perlumbaan.
"Menguasai saingan LTdL sekali lagi ini adalah sangat menggembirakan. Apapun, kami akan lakukan seperti ini dalam baki dua perlumbaan esok dan Sabtu," kata pelumba berusia 29 tahun itu.
Bagaimanapun, Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan) tidak terusik apabila masih disandang juara peringkat kelima semalam dari EF Education-Easypost dengan catatan masa 23:33.29s, meninggalkan rakan sepasukannya, Jefferson Alexander Cepeda (0.49s) dan ketiga terbaik ialah Pablo Castrillo (Equipo Kern Pharma) 0.58s.
De Kleijn yang menghadiahkan kemenangan kali ke-29 Tudor Pro Cycling Team di peringkat antarabangsa, turut mengekalkan Jersi Jingga (Raja Pecut) selepas mengumpul 45 mata, diikuti Enrico Zanoncello (Green Project-Bardiani CSF-Faizane) 36 mata dan Syritsa di kedudukan ketiga (34 mata).
Rakan sepasukan De Kleijn, Simon Pellaud mengekalkan Jersi Polka Dot (Raja Bukit) selepas mengumpul 32 mata diikuti Carr, 20 mata dan Castrillo 13 mata.
Sementara itu Jersi Putih (Terbaik Asia) kekal milik pelumba Astana Qazaqstan Team, Vadim Pronskiy selepas mengumpul catatan masa 23:34.44s, diikuti pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Jambaljamts Sainbayar (23:36.51s), manakala wakil Roojai Online Insurance, Ariya Phounsavath di kedudukan ketiga (23:39.33s).
Perlumbaan peringkat ketujuh esok akan bermula dari Muar ke Seremban 2 dengan jarak 123.8km.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gorilla-menang-lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|