View: 6803|Reply: 0
|
Azeem dah jangka 'false start' pelari Thailand
[Copy link]
|
|
AZEEM Fahmi. FOTO AFP
Hangzhou: Pelari sensasi negara yang menghadiahkan pingat gangsa dalam acara reben biru semalam, Muhammad Azeem Fahmi mengakui 'false start' yang dilakukan oleh pelari Thailand dalam aksi final langsung tidak mengganggu fokusnya.
Menceritakan kembali detik itu, Azeem berkata, dia sudah dapat menjangka bahawa pelari Thailand, Soraoat Dapbang akan melakukan sesuatu dan nyata apa yang dirasakan itu benar.
Semalam penyertaan Soraoat dibatalkan kerana melakukan kesalahan 'false start' dalam acara akhir 100 meter (m) yang berlangsung di Stadium Olimpik, Hangzhou.
"Sebelum lari, saya cuba kosongkan minda dan fikiran sebab saya menjangkakan ia akan menjadi satu perlumbaan sengit.
"Saya juga sudah bersedia dengan 'false start' sebab saya tengok Soraoat dari 'call room' tak buat apa-apa.
"Dia nampak sedih dan saya bertanggapan dia akan buat sesuatu sama ada 'false start' atau berhenti berlari dan apa yang saya rasa itu memang betul," katanya.
Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) diciptanya semasa Kejohanan Olahraga Dunia Bawah-20 di Cali, Colombia itu berkata, kehadiran Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard sebelum perlumbaan berlangsung banyak membantunya mengawal keadaan.
"Saya akui kejadian 'false start' ketika Sukan Sea Hanoi membuatkan saya lebih berhati-hati.
"Sebelum perlumbaan saya dapat bantuan dari Ballard untuk membuat latihan tindak balas dan Alhamdullilah 'false start' semalam tidak mengganggu fokus saya dan akhirnya saya dapat hadiahkan podium buat negara," katanya.
Dalam aksi final semalam menyaksikan atlet China Xie Zhenye menyamai rekod peribadi terbaiknya iaitu 9.97s untuk memperoleh emas sementara wakil Thailand, Puripol Boonson juga melakukannya dengan baik apabila mencatatkan masa 10.02s untuk perak.
Azeem berkata, dia bagaimanapun harus mengakui bahawa Puripol kini adalah yang pelari terpantas Asia Tenggara.
Namun pelari berasal dari Perak itu, berjanji bahawa satu hari nanti dia akan lebih pantas dari Puripol.
Terdahulu pencapaian Azeem memenangi pingat sulungnya di peringkat antarabangsa itu juga menoktahkan penantian lebih empat dekad negara untuk penyudah podium dalam acara utama itu sejak Datuk Rabuan Pit memperoleh emas dalam edisi 1982 di New Delhi, India.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... art-pelari-thailand |
|
|
|
|
|
|
| |
|