View: 3052|Reply: 0
|
Syafiq 'pemegang kunci' skuad compound berpasukan lelaki negara
[Copy link]
|
|
SYAFIQ (kiri) bersama Juwaidi dan Alang Ariff Aqil akan berentap di suku akhir, esok. FOTO ASYRAF HAMZAH
Hangzhou: Pemanah ketiga yang tampil buat kali pertama di Sukan Asia, Mohamad Syafiq Md Ariffin disifatkan sebagai 'pemegang kunci' bagi skuad compound berpasukan lelaki negara dalam misi mara ke separuh akhir acara itu.
Trio negara dibarisi Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghaz dan Syafiq bakal berentap dengan Iran pada peringkat suku akhir acara compound berpasukan lelaki di Pusat Sukan Fuyang Sinhu, esok.
Trio Iran dibarisi Mohammadsaleh Palizban, Armin Pakzad dan Milad Rashidi.
Juwaidi berkata, dia percaya Syafiq yang baru berusia 23 tahun itu sudah mula mendapatkan rentaknya walaupun mengharungi permulaan agak sukar dan berdepan sedikit tekanan, sebelum ini.
"Menerusi ketenangan pemanah ketiga kita (Syafiq) yang sudah mendapatkan semula rentaknya, kita boleh.
"Dia (Syafiq) okay, yang lain okay. (Nanti) Yang lain senang sikit kerja," kata Juwaidi.
Mengulas lanjut lawan bakal ditemui mereka, Juwaidi mengakui dia mengenali trio terbabit kerana pernah bertemu mereka pada penentuan pingat gangsa di Piala Asia, sebelum ini.
Namun, katanya, mereka tetap perlu berhati-hati memandangkan Iran dilihat masih menyembunyikan kemampuan sebenar, sekali gus menyaksikan mereka perlu tampil dengan aksi terbaik.
"Saya rasa mereka ada simpan sedikit (kekuatan) dan mereka adalah atlet yang sama. Mereka tiada perubahan, tetapi kita yang ada perubahan atlet.
"Ini bukanlah satu kelebihan untuk kita walaupun kita tahu mereka menggunakan trio sama pada Sukan Asia kali ini," katanya.
Terdahulu, mereka mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mengetepikan cabaran Bangladesh menerusi catatan 231-229.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sukan-lelaki-negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|