|

Gambar hiasan
PETALING JAYA – Kesan asap rokok sekunder terhadap kanak-kanak boleh menyebabkan mereka mengalami kematian secara mengejut, serangan asma yang berulang dan masalah pernafasan yang serius.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam aplikasi X berkata, kanak-kanak juga boleh menjadi perokok pasif kerana mereka sering menyedut asap rokok sekunder yang disebarkan oleh perokok.
Menurut KKM, asap rokok turut merosakkan pendengaran anak-anak, sekali gus memberi impak serius pada perkembangan mereka.
“Selain itu, asap rokok merosakkan sistem pernafasan kanak-kanak dan meningkatkan risiko jangkitan kuman di paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... p-rokok-boleh-maut/ |
|