View: 969|Reply: 0
|
Victoria Beckham buka mulut dakwaan suami curang
[Copy link]
|
|
LONDON: Sekian lama mengunci mulut, pereka fesyen terkenal yang juga bekas anggota Spice Girls, Victoria Beckham tampil menjelaskan tentang masalah rumah tangga yang dihadapinya 19 tahun lalu dengan bekas pemain bola sepak, David Beckham akibat gangguan orang ketiga.
Victoria yang terkenal dengan jolokan Posh Spice mengakui tempoh itu sebagai fasa yang paling menyedihkan sepanjang hidupnya.
“Ia adalah tempoh yang amat sukar, ibarat satu dunia menentang kami. Jujur saya katakan di sini, ketika itu, kami juga saling menentang antara satu sama lain.
“Ketika perpindahan David ke Madrid, kami sentiasa ada untuk satu sama lain, sama-sama lalui kecaman orang terhadap kami.
“Tetapi ketika di Sepanyol, kami rasa terasing. Ia amat menyedihkan dan saya tidak tahu bagaimana untuk saya jelaskan tentang besarnya impak yang saya rasakan ketika itu,” kongsinya menerusi sebuah dokumentari yang ditayangkan di Netflix.
Pasangan selebriti popular dunia itu berkahwin pada tahun 1999.
Rumah tangga mereka diuji apabila beberapa dakwaan perlakuan curang David dengan beberapa wanita termasuk model, Rebecca Loos pada 2004.
Dalam dokumentari sama, David juga tampil berkongsi kedudukannya ketika fasa terburuk rumah tangganya itu berlaku.
“Perpindahan ke Sepanyol adalah fasa yang sukar kerana selepas bermain untuk sebuah pasukan bola sepak sepanjang hidup, saya dijual dan terus berpindah ke sebuah negara yang asing buat saya. Paling penting, keluarga tidak berada di sisi saya pada ketika itu.
“Ketika itu saya dan isteri merasakan sesuatu yang lain. Kami percaya tidak akan kehilangan satu sama lain namun semakin lama kami rasakan semakin jauh antara satu dengan lain.
“Saya tidak tahu bagaimana kami melaluinya, Victoria adalah segalanya bagi saya. Saya tidak dapat terima kalau dia tersakiti. Tapi kami berjuang demi keluarga ini,” katanya.
https://www.utusan.com.my/nasion ... kwaan-suami-curang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|