CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2331|Reply: 0

Webb akui kelemahan peraturan VAR

[Copy link]
Post time 11-10-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Pegawai Perlawanan Profesional Berhad (PGMOL), Howard Webb.

LONDON: Ketua Pegawai Perlawanan Profesional Berhad (PGMOL), Howard Webb akhirnya bersuara berkenaan keputusan kontroversi Liga Perdana Inggeris membabitkan pembatalan jaringan Luis Diaz ketika Liverpool menentang Tottenham bulan lalu.

Diaz yang mendapat hantaran Mohamed Salah, menjaringkan gol untuk Liverpool di babak pertama, tetapi penjaga garisan mengangkat bendera ofsaid, dan pengadil merujuk kepada Pembantu Pengadil Video (VAR).

Pegawai VAR, Darren England mengesahkan Diaz tidak ofsaid dan memberikan isyarat pemeriksaan selesai untuk permainan diteruskan, tetapi terlupa keputusan asal pengadil di atas padang adalah ofsaid.

Permainan diteruskan dengan Tottenham mendapat sepakan percuma. Ketika VAR menyedari kesilapan dilakukan, permainan sudah bersambung dan mereka tidak dapat menghentikannya berdasarkan peraturan sukan itu.



"Ramai yang bertanya sama ada perlawanan sepatutnya dihentikan untuk memperbetulkan kesilapan. VAR dan AVAR (pembantu VAR) juga bertanya soalan sama selepas 20 saat permainan bersambung.

"Mereka mahu menghentikan permainan tetapi menurut peraturan bola sepak, yang ditentukan oleh FIFA dan IFAB, perkara itu tidak dibenarkan.

"Ada proses tertentu dalam penggunaan VAR bagi memastikan perlawanan berjalan lancar. Ia tidak membolehkan kita berpatah ke belakang dalam situasi itu. Sebab itu mereka tidak menghentikannya," kata Webb.

Webb bagaimanapun yakin, badan induk bola sepak dunia itu akan mengkaji semula peraturan permainan dan mungkin akan ada perubahan yang membolehkan pegawai di luar padang menghentikan permainan jika ada kesilapan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... mahan-peraturan-var
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052859 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list