CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

Sepanyol, Scotland layak ke Euro 2024

[Copy link]
Post time 16-10-2023 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Sepanyol, Scotland layak ke Euro 2024





GAVI meraikan jaringannya. FOTO REUTERS


Paris: Sepanyol mengesahkan tiket ke Euro 2024 selepas menang 1-0 ke atas Norway di tempat lawan awal pagi tadi sekali gus turut memastikan Scotland mara dalam Kumpulan A.

Pemain tengah Barcelona, ​​Gavi menjaringkan gol tunggal pada awal separuh masa kedua di Oslo untuk membantu Sepanyol layak ke pusingan akhir tahun depan di Jerman dengan berbaki dua perlawanan.

"Kami sangat gembira kerana pasukan mempamerkan peningkatan ketara dan mempunyai masa depan yang hebat. Kami berusaha keras untuk mencapai masa tahap ini," kata jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente.

Sepanyol mendahului Kumpulan A dengan perbezaan gol, tetapi keputusan itu memastikan Scotland juga mendapat tiket ke Euro 2024 dengan Norway ketinggalan lima mata menjelang perlawanan terakhir mereka bulan depan.

"Apabila kami layak melalui aksi play-off sebelum ini, kami meletakkan sasaran untuk layak secara automatik pada masa akan datang, jadi misi pertama sudah dicapai," kata kapten Scotland, Andy Robertson.

Norway tidak layak ke kejohanan berprestij itu sejak Euro 2000, tetapi pasukan yang menampilkan Erling Haaland dan Martin Odegaard masih mempunyai harapan untuk mara menerusi aksi play-off.

Sementara itu, Turki melengkapkan minggu bermakna mereka selepas diumumkan sebagai tuan rumah bersama Itali untuk Euro 2032 apabila melakar kemenangan 4-0 ke atas Latvia untuk menempah tiket ke pusingan akhir.

Yunus Akgun memecah kebuntuan pada minit ke-58 dan bekas penyerang Everton, Cenk Tosun menjaringkan dua gol serta jaringan Kerem Akturkoglu melengkapkan kemenangan bagi pendahulu Kumpulan D itu.

"Saya sangat gembira kerana kami layak menerusi kemenangan ini," kata jurulatih Turki Vincenzo Montella kepada UEFA.com.

"Saya mungkin jurulatih paling gembira di dunia sekarang. Saya mahu meraikan kejayaan ini dahulu dan kemudian kami akan meneruskan persiapan dengan secepat mungkin," katanya lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -layak-ke-euro-2024

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054712 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list