CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

Harimau Malaya semakin mengaum

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:11 PM | Show all posts |Read mode

SKUAD Harimau Malaya akan bertemu Tajikistan di pentas final Pestabola Merdeka. FOTO AHMAD UKASYAH

Kuala Terengganu: Bekas penyerang skuad Olimpik negara 1980, Zulkifli Hamzah akui beliau begitu gembira dengan prestasi semasa pasukan kebangsaan bawah kendalian Kim Pan-gon.

Jelas bekas bintang Terengganu 1976 hingga 1980 itu, corak permainan yang kian meningkat memberikan isyarat yang jelas skuad Harimau Malaya itu mampu 'mengaum' berdepan Tajikistan pada aksi final Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Kata pemain berusia 64 tahun yang digelar 'Harimau Berantai' itu, walaupun ranking pasukan Tajikistan lebih baik iaitu di tangga ke-110 dunia berbanding Malaysia di kedudukan 134, anak buah jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dijangka mampu memperagakan aksi terbaik.

"Buktinya ketika berdepan India yang berada di ranking ke-102 dunia iaitu perbezaan sebanyak 32 anak tangga, pemain kebangsaan mampu menjinakkan skuad kendalian Igor Stimac dengan jaringan yang agak besar.

"Peningkatan yang diperagakan bukan sahaja membabitkan pasukan, malah secara individu juga mereka berjaya membuktikan kemampuan masing-masing dengan kawalan bola baik yang boleh saya rumuskan bermain secara 'total football'.

"Saya berkeyakinan jika mereka mengekalkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan dengan beraksi sebagai satu pasukan, pasukan Harimau Malaya mampu merakam kemenangan berdepan Tajikistan selain mampu melangkah lebih jauh lagi.

"Saya begitu teringin untuk melihat pasukan negara beraksi di pentas antarabangsa sebagaimana zaman saya dan rakan seangkatan, besar harapan saya agar pasukan negara mampu beraksi di pentas lebih tinggi lagi," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun tegas Zulkifli, beliau mengingatkan barisan pertahanan khususnya agar dapat meningkatkan lagi prestasi dan kawalan bagi memastikan kawasan penalti tidak mudah ditembusi pemain Tajikistan untuk mengelak pintu gol dibolosi.

"Sejujurnya saya lihat ketika pasukan negara berdepan India pada Jumaat lalu, barisan pertahanan nampak sedikit longgar seolah-olah belum serasi sepenuhnya sehingga membenarkan pihak lawan mudah menembusi benteng pertahanan.

"Jadi pesanan saya agar posisi itu dapat ditingkatkan lagi jurulatih dan pada masa sama pemain yang diturunkan nanti mampu memperagakan aksi lebih baik dengan lebih kental bertahan bagi mengelak dihukum lawan kerana misi kita adalah untuk menjuarai Pestabola Merdeka edisi ke-42 itu," jelas pemain seangkatan Datuk Soh Chin Aun, Allahyarham Mokhtar Dahari dan Hassan Sani itu.

Terdahulu Malaysia layak ke pentas final berdepan Tajikistan yang mendapat 'bye' selepas berjaya mengetepikan India 4-2 menerusi jaringan Dion Cools, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Corbin Ong.

Pada aksi final itu nanti skuad Harimau Malaya berpeluang untuk membalas dendam kekalahan ke atas pasukan itu selepas tewas dengan penentuan sepakan penalti 3-0 selepas kedudukan sebenar terikat tanpa jaringan ketika aksi Piala Raja-Raja Thai tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aya-semakin-mengaum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198597 Replies : 4645
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 7271 Replies : 2
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73607 Replies : 319
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 9472 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 9094 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055966 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list