CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2078|Reply: 0

[Politik] Asyraf senaraikan 'kebaikan' jika PAS sertai kerajaan

  [Copy link]
Post time 20-10-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Asyraf senaraikan 'kebaikan' jika PAS sertai kerajaan
Diterbitkan:  Oct 20, 2023 11:02 AM



Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata dakwaan bahawa Islam dan Melayu terancam tidak lagi boleh digunakan sekiranya PAS menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Asyraf berkata demikian sebagai memberikan salah satu “kebaikan” jika PAS menyertai kerajaan.

Asyraf memetik kenyataan Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang berkata PAS belum terima apa-apa tawaran rasmi menyertai kerajaan dan kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggambarkan PAS akan menjadi kerajaan tidak lama lagi.

“Malah timbalan presiden PAS awal-awal lagi memberikan isyarat bahawa Muktamar PAS tidak akan menghalang sebarang perbahasan mengenai kemungkinan menyertai kerajaan perpaduan,” kata Asyraf.

Kebaikan lain sekiranya PAS menyertai kerajaan menurut Asyraf adalah tiada lagi fatwa atau ceramah daripada pimpinan dan penyokong PAS yang mengkafirkan atau menyesatkan pihak yang berbeza ideologi.

Selain itu, katanya, DAP sekali lagi akan “disucikan” dengan fatwa-fatwa baru sebagaimana ketika PAS bersama parti itu dalam gabungan untuk menhgadapi PRU tahun 1999, 2004 dan 2008.

Kata Asyraf, Umno pula akan kembali “dibersihkan” oleh PAS dan tidak lagi dilabel sebaga ‘sesat’, ‘kafir’, ‘ahli neraka’, ‘munafik’, sebagaimana ketika 22 bulan dalam kerjasama Muafakat Nasional dan Penyatuan Ummah.

“Tiada lagi istilah Malaysia menuju negara sekular kerana bersekongkol dengan parti DAP yang dilabelkan kafir dan sekular.

“Tiada lagi parti dalam kerajaan perpaduan terutamanya yang mempunyai orang Melayu Islam seperti Umno, Amanah dan PKR yang akan dilabel ‘barua DAP’, ‘penjilar DAP’ atau label-label ‘kafir’, ‘toghut’ dan sebagainya apabila PAS sertai kerajaan perpaduan.

“(Perdana Menteri) Anwar Ibrahim akan kembali dijulang PAS sebagai pemimpin Islam yang suci dan bersih sebagaimana waktu PRU ke-10, ke-11 dan ke-12 dahulu,” kata Asyraf.

Semalam, Takiyuddin memaklumkan yang parti itu belum menerima sebarang pelawaan untuk menyertai kerajaan perpaduan.

Takiyuddin merujuk kenyataan Anwar dalam wawancara bersama Time Magazine.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim memberi gambaran bahawa PAS akan kembali ke Putrajaya tidak lama lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.071437 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list