CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1671|Reply: 0

[Pahang] Curi 428 cip kasino Genting guna laluan kecemasan

[Copy link]
Post time 7-11-2023 02:31 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUANTAN – Seramai 10 individu termasuk seorang warganeagara asing dipercayai terlibat dengan rompakan cip kasino membabitkan kira-kira 1,160 keping cip bernilai RM4.6 juta berjaya diberkas pihak polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya berkata, kesemua suspek berumur di antara 30 tahun hingga 59 tahun itu ditahan di Genting Highland, Sabtu lalu.

Katanya, tangkapan terbabit adalah susulan laporan yang dibuat pihak pengurusan keselamatan Kasino Genting Highlands.

“Polis telah melakukan beberapa siri serbuan dan tangkapan di sekitar kawasan Genting Highlands, Raub, Ampang dan Nilai.

“Hasil siasatan awal, dalam kejadian yang disedari pada 28 Oktober lalu melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bangunan berkenaan kelihatan dua lelaki telah memasuki bangunan yang menempatkan beberapa bilik kasino khas dengan menggunakan laluan kecemasan.
Sebanyak 428 keping cip bernilai RM2.99 juta dan wang tunai sebanyak RM16,438 telah dirampas.

“Kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai memecah masuk bilik berkenaan seawal pukul 7 pagi dengan mengumpil pintu belakang bilik kasino tersebut yang digunakan sebagai laluan kecemasan,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulan November, di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Yahaya juga memberitahu, sebanyak 428 keping cip bernilai RM2.99 juta dan wang tunai sebanyak RM16,438 telah dirampas.



“Sebanyak 149 keping cip dirampas daripada suspek manakala 279 keping cip yang telah digunakan oleh suspek diperoleh semula dari pihak kasino.

“Susulan tangkapan yang dibuat itu, polis masih lagi mengesan baki sebanyak 732 keping chip dipercayai telah digunakan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dalam kes tersebut juga, pihak polis telah mengenalpasti lima orang suspek yang masih bebas.

“Usaha untuk mengesan dan menangkap suspek tersebut masih giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya didapati bersalah kesemua suspek boleh dikenakan hukuman dengan pemenjaraan sehingga 14 tahun,” katanya.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... a-732-masih-dicari/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 1.524640 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list