CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3823|Reply: 2

6 cara yang betul untuk menyingkirkan blackheads di muka

[Copy link]
Post time 7-11-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode



BINTIK hitam atau blackheads adalah salah satu bentuk jerawat yang paling biasa berlaku kepada hampir semua orang. Walaupun individu yang mempunyai kulit berminyak lebih cenderung untuk ada bintik hitam, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Ia terbentuk apabila pori tersumbat dengan gabungan sel kulit mati dan lebihan minyak (sebum) daripada kelenjar sebum.

Tidak seperti bintik putih atau whiteheads yang menghasilkan liang pori tertutup, bintik hitam mempunyai permukaan terbuka dan berlaku pengoksidaan yang membuatkan penampakan berwarna gelap.

Pasti ada di antara kita yang geram mahu mencubit atau memicit bintik hitam. Ini sebenarnya boleh membuatkan persekitaran muka menjadi berparut dan kerosakan lain pada kulit.

Berikut ialah antara cara yang dinasihatkan oleh Healthline untuk menghilangkan bintik hitam.

1- Gunakan pencuci muka yang mengandungi asid salicylic

Asid salicylic adalah bahan yang cemerlang untuk merawat bintik hitam dan bintik putih kerana ia mampu membersihkan bahan yang menyumbat liang pori iaitu sel kulit mati dan minyak berlebihan pada muka.

Asid salicylic juga berfungsi membersihkan kotoran pada muka (seperti habuk) dan solekan.


Anda dinasihatkan untuk mencuci muka menggunakan pencuci dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Pada waktu lain, cuci muka menggunakan air sahaja.

Untuk peringkat awal, adalah dinasihatkan untuk menggunakan pencuci muka yang mengandungi asid salicylic sekali sahaja iaitu pada waktu malam bagi mengelakkan kulit muka menjadi terlalu kering. Pada waktu pagi, gunakan pencuci muka yang lembut (gentle cleanser).

Selepas kulit sudah terbiasa dengan asid salicylic, anda boleh menggunakannya pada waktu pagi dan malam.

2- Gunakan asid AHA dan BHA

Untuk bintik hitam, exfoliation boleh membantu membuang sel kulit mati berlebihan yang boleh menyebabkan liang tersumbat. Proses ini juga boleh mengeluarkan bintik hitam sedia ada dengan perlahan.

Skrub juga adalah salah satu produk exfoliator. Tetapi, daripada menggunakan skrub yang kasar dan boleh menyebabkan koyakan kecil pada lapisan kulit, apa kata anda cuba menggunakan asid alfa dan beta hidroksi (AHA dan BHA).


Kedua-duanya berfungsi dengan menanggalkan lapisan atas kulit untuk menggalakkan penghasilan kulit baharu yang lebih sihat. Secara teori, ini boleh mengurangkan penampilan kedutan dan bintik-bintik penuaan, sambil membersihkan liang pori dan membuatkan kulit lebih lembut.

3- Gunakan retinoid

Retinoid mungkin berguna untuk kes-kes jerawat yang degil dengan membantu membersihkan liang pori. Proses ini juga boleh menjadikan produk lain lebih berkesan dengan membantu mereka lebih berupaya memasuki folikel kulit.

Tetapi, elak menggunakan retinoid dan asid AHA BHA dalam masa yang sama kerana ia berpotensi menyebabkan kerengsaan pada kulit. Dapatkan nasihat pakar sebelum anda mahu cuba menggunakan retinoid.

4- Gunakan clay mask dan charcoal mask

Clay mask atau topeng pipih tanah liat membantu mengeluarkan minyak dan toksin daripada kulit, seterusnya membantu bersihkan liang tersumbat. Topeng pipih tanah liat sering dianggap produk wajib untuk kulit berminyak.

Sesetengah topeng pipih tanah liat juga mengandungi sulfur. Sulfur adalah satu lagi bahan yang berfungsi untuk memecahkan sel kulit mati yang menyebabkan bintik hitam.

Tidak kira apa jenis dan jenama topeng pipih yang dipilih, anda boleh menggunakannya sekali seminggu sebagai tambahan kepada rawatan pengelupasan (exfoliation).

Seperti topeng pipih tanah liat, topeng pipih arang juga berfungsi untuk membersihkan kotoran lain yang berada di lapisan dalam kulit.

5- Elak menggunakan produk yang bersifat menyumbatkan pori

Segala produk penjagaan kulit yang betul mungkin tidak akan memberi manfaat dan kesan kepada kulit jika anda tidak menggunakan produk dan solek yang non-comedogenic.

Non-comedogenic bermaksud produk itu tidak akan menyebabkan komedo atau liang pori tersumbat. Tidak semua produk bukan komedogenik, jadi anda perlu membaca label dengan teliti.

Contoh produk yang akan menyumbatkan liang pori ialah mengandungi bahan seperti minyak kelapa, minyak badam, minyak kacang soya, minyak alpukat, minyak zaitun dan banyak lagi.

6- Jangan tidur tanpa mencuci muka

Pada penghujung hari yang panjang, perkara terakhir yang anda perlu lakukan ialah menanggalkan solek dan mencuci muka.

Tidur dengan solekan di wajah dan atau muka berminyak akan menyebabkan penghasilan lebih banyak bintik hitam. Jika dibiarkan semalaman, solekan bersifat non-comedogenic pun boleh menyumbat pori-pori.

Mereka yang mempunyai kulit berminyak mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan pembersih muka yang berbuih. Penanggal solek juga boleh digunakan sebelum mencuci muka untuk mendapatkan kuasa pembersihan tambahan (juga dikenali sebagai double cleansing). – RELEVAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2023 05:31 PM | Show all posts
i guna corsx BHA je untuk hilangkan blackhead
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi spa buat facial lagi senang kot...baring n tadah muka je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.465800 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list