View: 3752|Reply: 2
|
Priyanka Chopra dibuli sebab gelap
[Copy link]
|
|
PRIYANKA CHOPRA
PERNAH menjadi mangsa buli hanya disebabkan berkulit gelap, Priyanka Chopra dikatakan pernah berdepan masalah tekanan mental atau PTSD ketika zaman remaja.
Perkara tersebut didedahkan ibunya, Madhu Chopra selepas Priyanka yang melebarkan langkah ke Amerika Syarikat itu masih kurang percaya terhadap penampilanya biarpun sudah bergelar Miss World 2020.
Malah, ibunya yang juga seorang doktor menjelaskan anaknya mengalami PTSD atau gangguan stres pascatrauma membuatkan masa remajanya sarat air mata.
Kata Madhu, Priyanka mewarisi warna kulitnya yang lebih gelap berbanding mendiang suaminya yang juga seorang doktor.
“Sejak kecil lagi warna kulitnya sudah dijadikan bahan jenaka orang terdekat. Hal itu membuatkan dia sedih dan semakin murung. Apabila mula bersekolah, dia juga berhadapan isu sama,” katanya Maddu.
Sebagai ibu, dia sentiasa menyuntik kata-kata semangat supaya Priyanka tidak menjadikan warna kulit sebagai pembunuh cita-cita.
Hari ini keluarganya berbangga apabila bintang berusia 41 tahun itu berjaya mengukir nama sebagai ratu cantik, bahkan menjadi bintang filem ternama sehingga ke arena antarabangsa.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... dibuli-sebab-gelap/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg mixed cam Somi pun sampai nk bedah hidung kasi kemek. Ada je benda nk kena ejek , esp klo jd minoriti.
|
|
|
|
|
|
|
|
She's dark??? Colorism is disgusting. |
|
|
|
|
|
|
| |
|