View: 5804|Reply: 13
|
[Politik]
ADUN BERSATU Kuala Perlis isytihar 'perang' kepimpinan MB
[Copy link]
|
|
ADUN BERSATU Kuala Perlis isytihar 'perang' kepimpinan MB
Oleh Aizat Sharif - November 16, 2023 @ 3:50pm
bhnews@bh.com.my
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bakar_hamzah_perlis_1700120962.jpg)
Ketua Badan Pimpinan BERSATU Perlis yang juga ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah (kiri sekali) bersama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli (berbaju batik gelap, dan bersongkok) serta bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu (tiga dari kiri) dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (dua dari kiri) dan Speaker DUN Perlis, Rus’ele Eizan (dua dari kanan) pada 28 April lalu. - Foto NSTP/Aizat Sharif
ARAU: ADUN Kuala Perlis merangkap Naib Pengerusi 1 Perikatan Nasional (PN) Perlis, Abu Bakar Hamzah kesal dengan Pengerusi PN merangkap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang tidak memilihnya sebagai EXCO kerajaan negeri untuk tahun kedua.
Ini berikutan, dakwanya, beliau sudah mendapat surat sokongan daripada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan beliau dilantik EXCO Perlis.
Beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Perlis turut mengisytiharkan 'perang' terhadap kepimpinan Mohd Shukri dan menggesanya untuk berundur sebagai Menteri Besar.
Abu Bakar berkata, ini adalah kali kedua namanya 'tercicir' daripada diangkat sebagai EXCO selepas kali pertama pada November tahun lalu sejurus PN menang majoriti kerusi dalam PRU-15.
"Beliau (Mohd Shukri) tidak pernah berbincang soal pelantikan EXCO berkenaan (yang dilantik) dengan majlis pimpinan PN negeri.
"Malah, tindakan ini juga mendukacitakan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat tidak menghormati keputusan beliau supaya saya, sebagai pemimpin tertinggi BERSATU dan PN negeri ini, dilantik sebagai EXCO," katanya di parkir perkarangan Istana Arau, hari ini.
Beliau sebelum itu hadir dalam Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis di Istana Arau.
Katanya, pada masa sama, beliau mendakwa dua EXCO daripada BERSATU iaitu Titi Tinggi Izizam Ibrahim yang juga Timbalan Ketua BPN BERSATU negeri dan Ketua Penerangan BERSATU, Megat Hashirat Hassan, sebagai dalang dalam percaturan penolakan namanya untuk lantikan sebagai EXCO.
"Soal pelantikan EXCO sekali pun tidak pernah dibincangkan dalam PN negeri selain mesyuarat tidak pernah diadakan selepas PRU-15.
"Saya cukup kesal kerana Menteri Besar membelakangi keputusan Presiden parti yang juga Pengerusi PN yang sudah memberi sokongan saya sebagai EXCO.
"Malah, saya juga kesal dengan segelintir pemimpin Bersatu sendiri yang 'menikam' saya daripada belakang dalam soal pelantikan EXCO," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
hang sama2 bersatu pun berkelai, nak berkelai dgn pas pulak.
pi la sokong madanon kot2 dpt peruntukan |
|
|
|
|
|
|
|
Gaduh… gaduh… apa lagi bakar bendera cam x biasa pulak! |
|
|
|
|
|
|
|
Ko sape? Senyap2 sudah. Nama pun x de lg tp dh pefeeling entitle. G isytihar sokongan pd PM ada juga pekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kakakaakaaaaaaaaaaa BERSATU la sangat ye |
|
|
|
|
|
|
|
imagine kalo federal gov Pee Een yg pegang..
politik tak stabil..
berebut jawatan Pee Eem
lepas setahun lebih tukar Pee Eem
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry la Mat. PAS pegang majoriti kot dlm PN. PPBM dah tak dipandang. Abah pun depa dah tak hormat. |
|
|
|
|
|
|
|
Berani dia nak lancarkan perang ke atas pas. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Gasaklah korang bergaduh berebut kuasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak perang gi Palestin...perang jawatan sampai meroyan terok |
|
|
|
|
|
|
|
BERsatu---> BERgaduh!
![](static/image/smiley/biggif/gif_blink.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukurlah tak terpilih..boleh ada masa tabur khidmat kat org kg...jd Pengerusi Masjid ke...makmurkan lg kampung....banyak masa utk anak cucu. Lebih tenang takde fitnah..tikam menikam lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|