CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2976|Reply: 0

[Pahang] Guru diperdaya RM362,399 akibat Phone Scam

[Copy link]
Post time 22-11-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuantan: Guru wanita kerugian RM362,399 apabila terpedaya dengan sindiket penipuan Phone Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan syarikat kurier, bulan lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 34 tahun menerima panggilan individu yang menyamar dari syarikat kurier memaklumkan ada bungkusan yang dihantar atas nama mangsa.

Menurutnya, suspek memaklumkan bungkusan itu mengandungi dokumen penting seperti kad pengenalan, kad kredit dan buku cek bank.

"Talian mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai polis didakwa dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bukit Aman kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram serta penyeludupan dadah.



"Mangsa diberitahu akan dibantu dalam rayuan kes dan diarahkan membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan termasuk diminta membuat pinjaman di sebuah bank.

"Maklumat perbankan terbabit perlu diserahkan kepada suspek bagi tujuan siasatan dan mangsa diarahkan lagi membuat pemindahan wang secara berperingkat ke akaun suspek untuk pembayaran mahkamah, Bank Negara Malaysia (BNM) serta audit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jumlah wang yang dipindahkan dianggarkan RM362,399 dan mangsa cuba menghubungi individu terbabit, tetapi gagal.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 9-akibat-phone-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.952894 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list