View: 9777|Reply: 0
|
Alfa Romeo tinggalkan F1
[Copy link]
|
|
ALFA Romeo sebelum ini menjalinkan kerjasama dengan Sauber, namun ia berakhir hujung tahun ini menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan litar F1. - AFP
LONDON – Syarikat pembuatan kereta Itali, Alfa Romeo dijangka meninggalkan perlumbaan Formula Satu (F1) selepas dikatakan gagal mencari pasukan baharu untuk meneruskan impian mereka kekal dalam perlumbaan berprestij dunia tersebut.
Sebelum ini, Alfa Romeo telah mengumumkan untuk menjadi penaja utama bagi pasukan Sauber sejurus memeterai perkongsian teknikal dan komersial dengan pasukan itu mulai tahun 2018 hingga kekal bersaing pada musim 2023.
Bagaimanapun, Alfa Romeo telah membuat keputusan tidak meneruskan kerjasama mereka bersama Sauber yang berakhir pada hujung Disember ini atas alasan tertentu.
Biarpun rundingan antara Alfa Romeo dan Sauber telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu lalu, namun perjanjian baharu itu tidak berakhir dengan baik terutamanya selepas Sauber dikatakan bakal menjalinkan kerjasama bersama Audi mulai 2026.
Disebabkan itu, Alfa Romeo cuba mencari pasukan baharu untuk bekerjasama dan antaranya pasukan dari Amerika Syarikat (AS), Haas. Tetapi, ia dikatakan gagal menemui keputusan yang terbaik.
Alfa Romeo tiada pilihan lain dan akan meninggalkan F1 selain memberi tumpuan untuk mencari pasaran baharu seperti perlumbaan Kejohanan Dunia Endurance.
Sebagai rekod, pasukan Alfa Romeo Racing mula bersaing pada musim 2019 dengan menggunakan enjin Ferrari dan berjaya menduduki tempat kelapan keseluruhan menerusi Kimi Raikkonen dan Antonio Giovinazzi.
Keputusan terbaik pasukan tersebut adalah pada musim 2022 apabila berjaya menduduki tangga keenam dengan mengumpul 55 mata keseluruhan menerusi Valtteri Bottas dan Zhou Guanyui. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12/02/alfa-romeo-tinggalkan-f1/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|