Pelakon terkenal Hollywood, Will Smith, telah mengesahkan bahawa sekuel kepada filem ‘I Am Legend’ sedang dalam peringkat akhir penulisan skrip.
Menurut Smith, sekuel ini akan berdasarkan kepada versi alternatif yang terdapat dalam versi DVD filem tersebut, di mana wataknya, Dr. Robert Neville, masih hidup.
Smith juga telah mengesahkan bahawa dia akan berlakon bersama Michael B. Jordan dalam filem ini.
Menurutnya, skrip untuk ‘I Am Legend 2’ telah dihantar dan dia akan berbincang dengan Jordan mengenai filem tersebut.
Walau bagaimanapun, Smith tidak dapat memberikan lebih banyak maklumat tentang filem ini pada masa ini.
Filem ‘I Am Legend’ pertama telah ditayangkan pada tahun 2007. Sepanjang tempoh tayangannya di seluruh dunia, filem ini telah berjaya mengutip lebih $585 juta (RM2.7 bilion).
Pengumuman tentang sekuel ini telah menimbulkan kegembiraan di kalangan peminat, memandangkan sudah lebih 15 tahun sejak filem pertama ditayangkan.
Sumber: Livemint, Deadline
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 7-12-2023 07:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Can't wait!!!!
Love sgt i am legend.
Pacik will smith ni ada aversion to sequels with a few exceptions n mcm cita bad boys tu.
Tp pas incident tamparan manjah tu sendu career dia.
Kes xbyk job le nih
Bukan yg pertama tu dia meletupkan dirinya sekali ngan zombie2 lain tu kan. Darah dia adalah penyelamat utk org2 lain ... Best cerita ni.. Mama suka. Kalau nak buat yg ke-2 kira wataknya dihidupkan blk lah... gituuu
Xsabar nak nengok zombie 2 will smith ni... Tq sis dah tgk ending yg ke2. Seriously xpernah tau ada ending ke2 tu sebenarnya. Ingat dia dah mati dah sbb terpaksa bomb diri sendiri bersama zombi2 tu.