View: 10076|Reply: 0
|
Wartawan, doktor Palestin lebih layak! – Netizen tolak Taylor Swift sebagai Person of The Year
[Copy link]
|
|
NEW YORK: Tindakan majalah TIME yang menamakan penyanyi, Taylor Swift sebagai Person of The Year menerima kecaman ramai di media sosial.
Netizen rata-rata menolak pengiktirafan tersebut antaranya kerana sikap ketidak pedulian penyanyi itu terhadap nasib rakyat Palestin.
“Wartawan Palestin lebih layak menerima pengiktirafan sebegini dan pandangan ini datang dari Swiftie (peminat Taylor Swift tegar),” tulis seorang netizen di Instagram.
“Ini satu gurauan bukan? Tidakkah kalian sedar apa yang berlaku di luar Amerika Syarikat?” tulis seorang lagi netizen.
“People of The Year sebenar adalah wartawan, doktor dan jururawat Palestin,” tulis netizen lain.
Majalah popular itu mengumumkan pengiktirafan tersebut sekitar dua lepas sambil menyifatkan Swift sebagai adiwira hidupnya sendiri.
TIME turut memuat naik tiga foto sampul hadapan edisi berkenaan di Instagramnya.
Tindakan itu membangkitkan kemarahan netizen yang beramai-ramai menyerang majalah berkenaan di ruangan komen.
https://www.utusan.com.my/nasion ... person-of-the-year/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|