View: 8522|Reply: 0
|
Kematian Matthew Perry disebabkan ketamin
[Copy link]
|
|
MATTHEW PERRY
LOS ANGELES: Punca kematian pelakon siri sitkom popular Friends, Matthew Perry adalah disebabkan oleh `kesan akut ketamin‘.
Perkara itu disahkan oleh pegawai perubatan di Los Angeles.
Lapor BBC, pemeriksa perubatan LA County menerusi kenyataan memaklumkan antara faktor lain dikesan menyumbang kepada kematian Perry adalah penyakit arteri koronari dan kesan sampingan buprenorfin.
Buprenorfin merupakan ubat yang digunakan untuk merawat ketagihan opioid.
“Pada tahap ketamin yang tinggi ditemukan dalam spesimen darah bedah siasatnya, kesan utama adalah rangsangan berlebihan kardiovaskular dan kemurungan pernafasan.
“Lemas menjadi penyumbang disebabkan kemungkinan tenggelam ke dalam kolam apabila tidak sedarkan diri.
“Penyakit arteri koronari juga menjadi antara faktor kerana kesan miokardium teruk akibat ketamin pada jantung,” jelas laporan Persatuan Akhbar yang memetik kenyataan Timbalan Kanan Pemeriksa Perubatan, Raffi Djabourian.
Pelakon itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam kolam renang di kediamannya di Los Angeles pada Oktober lalu, namun pemeriksaan bedah siasat pada ketika itu tidak membawa kepada sebarang keputusan.
Lemas disenaraikan sebagai antara punca kematiannya.
Perry terkenal dengan watak Chandler Bing dalam siri sitkom popular Friends.
Ketika di puncak kemasyhuran, Perry mengalami masalah ketagihan terhadap ubat tahan sakit dan alkohol.
Perry juga pernah beberapa kali menghadiri sesi pemulihan di klinik.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... disebabkan-ketamin/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|