View: 12082|Reply: 7
|
Marvel Singkir Jonathan Majors, Didapati Bersalah Serang & Ganggu Bekas Kekasih
[Copy link]
|
|
New York: Marvel menyingkirkan pelakon meningkat naik Jonathan Majors, 34, daripada koleksi adiwiranya selepas dia disabitkan kesalahan menyerang dan mengganggu bekas kekasihnya, Grace Jabbari.
Majors yang memegang karakter Kang the Conqueror dalam sekuel Marvel berkemungkinan berdepan hukuman penjara disebabkan kes terbabit.
Dia mula diperkenal Marvel menerusi watak itu dalam filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania awal tahun ini. Dia sepatutnya dijadualkan muncul dalam sekurang-kurangnya dua lagi filem Avengers.
Bagaimanapun, studio itu tidak akan teruskan khidmat Majors menurut sumber.
Pada awal Mac lalu, polis mendedahkan menerima panggilan kecemasan di Manhattan, di sini bagi meneliti siasatan awal berlaku pergaduhan antara Majors dan Jabbari.
Mahkamah diberitahu Jabbari mengambil telefon bimbit Majors disebabkan pelakon itu menerima sebuah kiriman mesej daripada wanita lain. Akibatnya, berlaku pergelutan dan serangan.
"Jonathan Majors didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Manhattan dengan kesalahan menyerang tahap ketiga dan gangguan tahap kedua," kata pihak pendakwaraya dalam sebuah kenyataan.
Majors bakal dijatuhkan hukuman pada 6 Februari tahun depan.
Selain bersama Marvel, pelakon itu pernah membintangi beberapa filem besar lain termasuk Creed lll, Lovecraft Country, dan Magazine Dreams.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bgs la. goes to show that they do not condone domestic violence. aku x tgk pun lg antman yg ada dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat settle kes ni. Beria je PR, dia spin sebelum ni. Baru je famous, tak sempat bernafas dah jatuh tergolek. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nadie90 at 19-12-2023 05:27 PM
Kan...start keluar filem Ant Man, byk filem & drama lakonan dia kluar pd thun yg sama....media2 masa pun dok up kn pelakon ni, tiba2 ada kes assault plak....dgn perempuan lagi....dah la pelakon org kulit hitam...mmg sng la jatuh tersembam terus |
|
|
|
|
|
|
|
padan muko, punca antman dengan loki s2 tak best, sebab dia ni la
sakit hati tengok muka dia, dah ler tak hensem
pastu method acting sangat, nyampah tengok
cerita marvel je pun |
|
|
|
|
|
|
|
amik la pelakon kulit putih..class gitu hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ni la.. Artis bermasallah terus diban... Hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|