CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37503|Reply: 1

Kapal persiaran buatan China mula belayar, Isnin ini

[Copy link]
Post time 30-12-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Kapal persiaran buatan China mula belayar, Isnin ini


KAPAL Adora Magic City. FOTO Adora Magic City



Shanghai: Kapal persiaran pertama yang dibina di China akan memulakan pelayaran sulungnya, Isnin ini, lapor Straits Times.

Kapal persiaran dikenali sebagai Adora Magic City akan berlepas dari pelabuhan asalnya di Shanghai, untuk perjalanan enam hari. Ia akan berlabuh di Pulau Jeju, Korea Selatan dan bandar Jepun, Nagasaki dan Fukuoka.

Pengendalinya, CSSC Carnival Cruise Shipping adalah usaha sama antara syarikat pembinaan kapal terbesar China, China State Shipbuilding Corp dan Carnival Corp dari Amerika Syarikat.

Kapal itu dibina oleh CSSC Shanghai Waigaoqiao Shipbuilding. Ia sepanjang 323.6 meter dan boleh memuatkan sehingga 5,246 penumpang dengan 2,125 bilik.

Kapal 16 dek ini mempunyai 22 restoran dan bar, termasuk ruang istirahat untuk mahjong, kilang bir dan kedai hotpot, kedai bebas cukai dan teater yang menayangkan muzikal Cina, seperti 'Marco Polo: An Untold Love Story'.


Media kerajaan menguar-uarkan kapal itu sebagai peristiwa penting, bukti pembuat kapal negara boleh mengendalikan projek yang paling mencabar, bersama-sama dengan pembinaan kapal pengangkut pesawat dan kapal besar pembawa gas asli cecair.


Namun, ia juga satu cara untuk memudahkan penduduk Cina meneroka ke luar negara, sambil masih membenarkan pengalaman dalam persekitaran seperti di negara asal mereka.

Buat masa ini, Adora yang dibina dan direka oleh China, akan melakukan pelayaran pendek di sekitar timur laut Asia.

Wakil jualan dengan agensi pelancongan tempatan, Chang Tu Travel Liu Liu berkata, kebanyakan pelanggan yang sudah membuat tempahan bagi perjalanan sulung adalah keluarga dengan warga tua dan kanak-kanak.

"Kapal pelayaran ini menawarkan mereka cara untuk mengembara ke tempat yang berbeza dan masih menikmati aktiviti rekreasi tanpa bimbang mengenai kesesakan lalu lintas dan penginapan," katanya.

Tempahan untuk pelayaran pertama Adora dibuka pada September lalu.

Menurut kedai dalam talian rasmi untuk kapal itu di Tmall, kabin premium untuk dua orang berharga kira-kira 8,500 yuan (kira-kira RM5,513) untuk perjalanan pada awal Februari, apabila ramai orang Cina akan berangkat untuk cuti Tahun Baharu Cina.

Tiket untuk perjalanan Januari dan Februari, sudah habis dijual.

Walaupun Hari Kekasih biasanya bukan cuti di China, tahun ini ia jatuh pada Tahun Baru Cina. Ia bermakna perayaan berganda untuk pasangan muda Cina.

Adora Magic City merancang untuk menambah laluan ke Asia Tenggara.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... a-belayar-isnin-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la kapal.. bknnya ada halal section pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 1.026147 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list