CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31951|Reply: 0

[Kelantan] JPN Kelantan rugi RM328,700 fasiliti terjejas banjir

[Copy link]
Post time 2-1-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk kampung membersihkan bilik darjah di sebuah sekolah di Tumpat kelmarin. -Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM328,700 sepanjang tiga gelombang banjir yang melanda negeri ini sejak November lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Zamri Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, jumlah sebenar kerugian akan diperoleh selepas semua sekolah yang terlibat selesai membuat laporan.

Menurutnya, sekolah-sekolah yang terjejas semasa banjir melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat.

“Sehubungan itu, semua murid yang terlibat dengan banjir dibenarkan berpakaian biasa untuk hadir ke sekolah hari ini.

“Langkah itu bertujuan memastikan murid dapat hadir ke sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zamri memberitahu, JPN Kelantan memahami masalah yang dihadapi oleh murid dan pelajar yang terlibat banjir apabila uniform mereka ditengelami air semasa banjir.

Tambahnya, pihaknya kita akan berusaha untuk mendapatkan bantuan yang sesuai bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Penduduk kampung membersihkan bilik darjah di sebuah sekolah di Tumpat kelmarin. -Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI
KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM328,700 sepanjang tiga gelombang banjir yang melanda negeri ini sejak November lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Zamri Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, jumlah sebenar kerugian akan diperoleh selepas semua sekolah yang terlibat selesai membuat laporan.

Menurutnya, sekolah-sekolah yang terjejas semasa banjir melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat.

“Sehubungan itu, semua murid yang terlibat dengan banjir dibenarkan berpakaian biasa untuk hadir ke sekolah hari ini.

“Langkah itu bertujuan memastikan murid dapat hadir ke sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zamri memberitahu, JPN Kelantan memahami masalah yang dihadapi oleh murid dan pelajar yang terlibat banjir apabila uniform mereka ditengelami air semasa banjir.

Tambahnya, pihaknya kita akan berusaha untuk mendapatkan bantuan yang sesuai bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. – KOSMO! ONLINEhttps://www.kosmo.com.my/category/negara/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.337918 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list