CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7573|Reply: 0

[Pahang] 70 peratus tenaga kerja kilang peluru pertama Malaysia diisi anak tempatan

[Copy link]
Post time 7-1-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode

Abdul Rahman Mohamad (kiri) bersama pihak pengurusan Kilang Peluru Ketech Asia Sdn Bhd ketika melawat kilang itu di Kechau Tui. - NSTP/Roselan Ab Malek

LIPIS: Kilang peluru pertama Malaysia di Kampung Kechau Tui, Padang Tengku di sini akan diisi dengan 70 peratus tenaga kerja anak tempatan.

Kilang peluru Ketech Asia Sdn Bhd yang akan beroperasi tidak berapa lama lagi akan menyediakan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata dalam fasa pertama operasi, seramai 15 lulusan kejuruteraan anak tempatan daerah ini telah dihantar menjalani kursus di Turkiye dalam bidang pembuatan peralatan pertahanan oleh pengurusan kilang.

Jurutera terlatih berkenaan akan menjadi aset penting yang bakal melatih pekerja baharu yang juga anak tempatan secara profesional membabitkan aspek perkilangan, iaitu penggunaan peralatan, penyelenggaraan, pengurusan dan pengeluaran.


"Saya ingatkan pihak syarikat utamakan anak tempatan dahulu untuk diambil bekerja, lepas itu baru buka kepada tenaga luar dan mereka berjanji 70 peratus pekerja di sini adalah anak tempatan," katanya selepas melawat kilang itu di Kechau Tui, kira-kira 35 kilometer dari sini, hari ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata peluang pekerjaan masih dibuka dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, teknikal, pengurus pengeluaran, pengurusan pejabat, kerani dan keselamatan.

Abdul Rahman berkata, usaha beliau mahu jadikan Lipis sebagai Bandar Pertahanan sejak tahun 2020 telah dapat direalisasikan apabila pembinaan kilang peluru itu berjalan lancar.

Kilang itu dibina dalam tiga fasa yang mana setiap fasa membabitkan peruntukan RM400 juta dan keseluruhannya projek itu menelan peruntukan RM1.2 bilion.

"Kilang peluru di tapak seluas 40.5 hektar dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini bakal mengisi sasaran usaha mewujudkan Bandar Pertahanan (Defence City).

"Sekarang kita import seratus peratus peluru, jadi dengan adanya kilang ini kita boleh mengeluarkan peluru untuk kegunaan sendiri," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... malaysia-diisi-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.346733 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list