CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25502|Reply: 0

[Pahang] Empat suspek lelaki ditahan, curi dua ekor lembu di Ladang Krau Empat, Raub

[Copy link]
Post time 8-1-2024 06:12 PM | Show all posts |Read mode

Dua ekor lembu ditemukan di dalam sebuah kereta Proton Wira Aeroback dipercayai dicuri empat suspek lelaki di Ladang Sawit Krau Empat Raub semalam. - Foto PDRM

RAUB – Polis Raub berjaya menahan empat suspek lelaki berusia antara 23 hingga 31 tahun kerana dipercayai mencuri dua ekor lembu di Ladang Sawit Krau Empat dekat sini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, kejayaan polis menahan suspek berikutan satu laporan dibuat oleh seorang lelaki pada 6 Januari lalu pada pukul 7.48 pagi mengenai kejadian tersebut.

“Dalam laporan berkenaan, pengadu telah menerima panggilan daripada rakannya meminta dia segera pergi ke Jalan Utama Mempaga, iaitu di tapak Pasar Malam Mempaga dekat sini.

“Dia (pengadu) bergegas ke sana dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback telah terbabas dan berada di tepi jalan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sini hari ini.

Menurut Mohd Shahril, apabila diminta oleh rakannya memeriksa dua ekor lembu berada di bahagian dalam kereta berkenaan, pengadu mendapati ternakan itu miliknya yang dicuri di Ladang Sawit Krau Empat berasaskan ada tanda (tag) di telinga haiwan tersebut.

Sehubungan itu, beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati beberapa orang penternak di situ telah membuat rondaan pada 6 Januari, pukul 3 pagi dan nampak sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback bernombor pendaftrana CAY 5559 berada di tepi jalan dalam kawasan ladang tersebut.

“Penternak berkenaan menghampiri kereta tersebut daripada arah belakang, tiba-tiba pemandunya terus memecut laju menghala ke Jalan Utama Mempaga – Lebu.

“Mereka (kumpulan penternak) terus mengejar kereta tersebut dan kemudiannya terbabas di tapak Pasar Malam Mempaga,” katanya.

Mohd Shahril berkata, ekoran daripada kejadian tersebut, polis dengan kerjasama kumpulan penternak lembu itu telah menahan empat orang suspek lelaki berusia antara 23 hingga 31 tahun dan tiga daripadanya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut, manakala seorang suspek telah dihantar ke Hospital Temerloh untuk menerima rawatan.

“Hasil ujian air kencing mendapati dua daripada suspek lelaki berkenaan positif dadah Methamphetamine dan seorang lagi positif dadah Ampetamin,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ng-krau-empat-raub/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 2.071015 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list