CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5672|Reply: 0

[Terengganu] Premis perniagaan diarah tutup dua jam setiap Jumaat - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

[Copy link]
Post time 9-1-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah menutup operasi selama dua jam pada setiap Jumaat. - Foto fail NSTP

KUALA TERENGGANU: Premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah menutup operasi selama dua jam pada setiap Jumaat.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, penutupan operasi semua premis perniagaan bermula jam 12.30 tengah hari dan jam 2.30 petang setiap Jumaat, berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu.

Katanya, arahan penutupan operasi itu bukan sahaja membabitkan pasar raya, sebaliknya semua premis perniagaan termasuk restoran dan kedai makan.

"Pemilik pasar raya dan semua premis perniagaan termasuk restoran dan kedai makan diminta memberi kerjasama memastikan aktiviti tidak beroperasi dalam tempoh itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif.

Arahan penutupan premis perniagaan dua jam pada setiap Jumaat bukan isu terbaru, sebaliknya kerajaan negeri pernah mengeluarkan arahan pada waktu solat Jumaat pada 2014.

Semua pemilik premis perniagaan dan pasar raya serta kedai menjual pakaian akur dengan arahan itu apabila tidak menjalankan aktiviti perniagaan pada masa ditetapkan.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, MBKT akan mengambil tindakan termasuk membatalkan lesen perniagaan jika pemilik premis perniagaan gagal mematuhi arahan dikeluarkan.

"Jika kita dapati pemilik semua premis perniagaan gagal mematuhi arahan ditetapkan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan berdasarkan undang-undang yang digunapakai," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... etiap-jumaat-majlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.443537 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list