View: 8204|Reply: 0
|
Noah Masih Belum Panggil Ayah, Suami Bunga Citra Lestari Gugup Ditanya Tentang Anak Tiri
[Copy link]
|
|
Sudah sebulan mendirikan rumah tangga, anak kepada kepada Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Noah Sinclair masih lagi belum dapat menerima kehadiran bapa tiri iaitu Tiko Aryawardhana.
Kata Tiko, remaja berusia 14 tahun itu dalam proses menerima kehadirannya mengantikan Allahyarham Ashraf Sinclair di dalam keluarga.
Malah Tiko, 44, juga tidak memaksa untuk Noah menerima dirinya segera sebaliknya memberi ruang buat anak tirinya itu.
Foto: IG
"Masih sesuaikan diri," katanya dengan sedikit gugup.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Tiko semasa menjadi tetamu di satu temu bual bersama pelakon Denny Sumargo untuk program saluran YouTube miliknya.
Tiko bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kemesraan dirinya dengan anak tiri buat masa ini.
Untuk rekod, Tiko melangsungkan pernikahan dengan Bunga di sebuah hotel mewah di Bali pada 2 Disember tahun lalu.
Sebelum itu, Bunga mendirikan rumah tangga dengan Ashraf Sinclair pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah, 14.
Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|