CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3717|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 10 pengemis ditahan di perkarangan masjid di Bangsar

[Copy link]
Post time 13-1-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Imigresen menahan pengemis warga asing yang menjalankan aktiviti di perkarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar semalam. Foto ihsan Imigresen.

Kuala Lumpur: Sepuluh pengemis warga asing ditahan di sini, menerusi operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi dijalankan pada 12.15 tengah hari di perkarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Jalan Ara, Bangsar.

Menurutnya, menerusi operasi itu, 13 orang diperiksa dan hasil pemeriksaan lanjut, 10 pengemis warga asing yang berusia antara dua hingga 41 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, serta seorang lelaki dan dua wanita warga Myanmar.



"Turut ditahan, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan warga Myanmar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ruslin berkata, tiga individu dilepaskan kerana warga tempatan.

"Tindakan pemeriksaan ini diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan mengemis dalam kalangan warga asing yang sering berlaku di kawasan itu.

"Kesemua pengemis warga asing yang ditahan ini ditangkap kerana disyaki dengan munasabah melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua subjek ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-masjid-di-bangsar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.371584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list