CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7337|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Lorong Haji Taib kini 'bersih', bukan macam dahulu lagi'

[Copy link]
Post time 14-1-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (tengah) beramah mesra bersama peniaga ketika menghadiri program tinjauan mesra di sekitar Lorong Haji Taib, malam ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kawasan persekitaran Lorong Haji Taib, Jalan Chow Kit di sini, yang dahulunya dipenuhi aktiviti tawaran khidmat seks, penjualan dan penagihan dadah kini berubah kepada aktiviti perniagaan lewat malam.

Setiap lorong di kawasan berkenaan menjadi lokasi jualan pakaian, jam tangan, buah-buahan, kasut dan kosmetik.

Aktiviti ini dilihat sepanjang tinjauan Program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, di sekitar Jalan Chow Kit, malam ini.

Allaudeen berkata, situasi di Chow Kit terutama kawasan Lorong Haji Taib jauh berbeza dengan situasi lima tahun lalu.



"Kini kita tidak melihat lagi tawaran perkhidmatan seks, pengedaran dan penagihan dadah serta kebanjiran lelaki berpakaian wanita.

"Semua aktiviti tidak sihat ini sudah dibersihkan hasil kerjasama antara Polis Kuala Lumpur dan agensi penguatkuasaan kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kewujudan Balai Polis Chow Kit di kawasan ini berperanan penting dalam memastikan kegiatan tidak sihat dapat dibanteras," katanya di sini, malam ini.

Beliau menafikan dakwaan badan bukan kerajaan (NGO) tertentu mengenai situasi di Jalan Chow Kit yang didakwa dipenuhi aktiviti tidak bermoral.

"Malam ini kita lihat aktiviti perniagaan dapat mengubah keadaan, berbanding dahulu Chow Kit pernah digelar kawasan berbahaya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-macam-dahulu-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.066395 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list