CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9869|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Rugi RM9,500 penyamun masuk ikut bumbung

[Copy link]
Post time 15-1-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode

Rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki tidak dikenali berada di atas bumbung rumah mangsa.

AMPANG – Sepasang suami isteri kerugian RM9,500 apabila rumah mereka di Ampang Jaya, di sini dipecah masuk penjenayah melalui bumbung Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 10 pagi itu, suami isteri berkenaan yang merupakan peniaga telah meninggalkan kediaman mereka untuk berniaga di Jalan Ampang.

“Kira-kira pukul 3 petang semasa pengadu balik daripada berniaga dan memasuki rumahnya kemudian menyedari ruang tamu sedikit berselerak dan pintu bilik utama terkunci dari dalam.

“Bila pengadu berjaya memasuki bilik menggunakan kunci pendua, didapati barangan berselerak dan siling terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd. Azam berkata, pengadu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati beberapa barangan berharga telah hilang iaitu barang kemas anggaran RM7,000 dan wang tunai kira-kira RM2,500.

“Siasatan awal mendapati terdapat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kelibat seorang lelaki tidak dikenali disyaki berada di atas bumbung rumah mangsa dan dipercayai telah memecah masuk rumah itu melalui bumbung.

“Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... masuk-ikut-bumbung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.252175 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list