View: 7950|Reply: 11
|
Ribuan Anak Muda Singapura Turut Serta Program Subuh Macam Jumaat, Laungan Azan Taufik Batisah Jadi Tumpuan
[Copy link]
|
|
Kempen solat Subuh berjemaah di masjid yang dianjurkan selebriti versatil, Alif Satar dilihat bukan sahaja mendapat sambutan di dalam negara bahkan fenomena kempen berkenaan difahamkan turut mendapat sambutan luar negara.
Terbaharu, negara jiran Malaysia iaitu Singapura turut menyambut baik inisiatif ini menerusi sebuah syarikat yang dikenali sebagai Al Fajr.
Menerusi video yang dimuat naik pempengaruh Singapura iaitu Don Jany, difahamkan program yang dianjurkan buat julung kalinya di Masjid Mujahidin, Singapura itu turut dihadiri oleh ribuan anak muda kota Singa serta selebriti terkenal iaitu Taufik Batisah.
Apa yang menarik perhatian ialah, kelihatan pelantun lagu ‘Usah Lepaskan’ itu berdiri di hadapan mikrofon sebelum melaungkan azan Subuh di masjid berkenaan.
Video tersebut meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji keindahan serta kemerduan suara Taufik sewaktu melaungkan azan.
Warganet juga memuji Alif Satar kerana telah memulakan satu perbaharuan yang hebat dalam jiwa anak muda.
Terbaik! Semoga kempen solat Subuh macam Jumaat turut mendapat sambutan di Indonesia pula selepas ini.
Sumber : Ohbulan
|
|
|
|
|
|
|
|
...tapi lifestyle TB & wife kat socmed tak islamic pun... macam yenna yenna je... hihi |
|
|
|
|
|
|
|
sekurang kurangnya dia guna jugak pengaruh dia ajak orang buat kebaikan.. infuture maybe lifestyle dia akan berubah sikit demi sedikit sebab dah rajin g solat kat masjidkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow alif banyak pahala kau |
|
|
|
|
|
|
|
bersama menuju ke arah kehidupan lbh baik |
|
|
|
|
|
|
|
Berpanjangan pahala si AS sb mulakan move ni |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tengok masjid kat Singapore. Orang2 dia cakap English. Tapi mungkin ikut area jugak. Kalau area orang kaya2 imam pun cakap omputih |
|
|
|
|
|
|
|
Kat surau Taman iols pernah juga buat Gini..
Laki iols cakap tak dapat sambutan
Yang jemaah biasa jugak yang datang
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
harap berpanjangan la program ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aiol often kat Msjid Sultan & Msjid Al Falah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikut tmpat lh kot, hopefully rmai yg solat sndri kat rumah wlaupn x ke Msjid
|
|
|
|
|
|
|
| |
|