CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4754|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tarif air pengguna domestik naik 22 sen 1 Februari ini

[Copy link]
Post time 17-1-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pelarasan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu, berkuatkuasa 1 Februari depan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi kenyataan berkata, pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism – TSM) bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, bawah TSM, struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

“Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022,” katanya hari ini.

Jelasnya, pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan air yang dinikmati oleh rakyat.

“Justeru, pelarasan tarif air yang mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... sen-1-februari-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.053527 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list