CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4714|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 27 warga Bangladesh ditahan guna pasport palsu daftar RTK

[Copy link]
Post time 17-1-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA warga Bangladesh yang ditahan. FOTO Ihsan JIM

Kuala Lumpur: 27 lelaki Bangladesh ditahan kerana disyaki menggunakan pasport palsu ketika cuba mendaftar bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, seorang wanita tempatan berusia 39 tahun yang juga wakil majikan ditahan ketika mengiring kesemua lelaki terbabit ke pejabat imigresen.

Menurutnya, kesemua lelaki terbabit hadir ke pejabat JIM Kuala Lumpur di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta di sini, 11 pagi tadi untuk proses verifikasi cap jari bagi tujuan pendaftaran RTK 2.0.

"Hasil pemeriksaan menggunakan Sistem Jabatan MyIMMS mendapati terdapat pindaan pada butiran nombor pasport lama dan butiran diri dalam pasport pada muka surat biodata kesemua lelaki Bangladesh berkenaan.



"Kesemua lelaki warga Bangladesh yang diiringi oleh seorang wanita tempatan yang hadir ke pejabat RTK 2.0 ditahan kerana disyaki telah melakukan pindaan maklumat pada pasport," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, wanita tempatan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan ke Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasa JIM Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Katanya, kesemua warga asing berusia lingkungan 24 hingga 56 tahun terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen Seksyen 56(1)(l) akta sama iaitu menggunakan atau memiliki dokumen perjalanan yang dipinda atau dipalsukan.

"Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan dihantar ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

"JIM menyeru semua majikan yang sudah mendaftar PATI untuk program RTK 2.0 supaya tidak menunggu saat akhir dan segera hadir ke pejabat RTK untuk menyelesaikan proses verifikasi seterusnya menerima permit kerja sementara," katanya.

Sebarang aduan berkenaan PATI di sekitar ibu kota boleh disalurkan keUnit Aduan, Bahagian Penguatkuasaan, JIM Kuala Lumpur menerusi emel, aduan_penguatkuasajimwpkl@imi.gov.my

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rt-palsu-daftar-rtk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 1.511704 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list