CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3951|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mufti mohon maaf itu adab bila berbeza pandangan - Mufti Kelantan

[Copy link]
Post time 23-1-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Kuala Lumpur: Keprihatinan orang ramai berhubung isu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta maaf selepas menegur penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza supaya menunda konsert solo kerana menghampiri Ramadan, disifatkan sebagai penghormatan kepada institusi fatwa.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, beliau menyanjung tinggi pandangan masyarakat terhadap institusi fatwa yang rata-ratanya di media sosial bersetuju dengan pandangan mufti.

"Ini satu penghormatan dan penghargaan kepada institusi fatwa. Kemudian berhubung dengan nasihat Mufti Pulau Pinang itu, ia adalah satu nasihat yang boleh didengari dan boleh tidak didengari.

"Kalau pihak tertentu yang rasa nasihat mufti itu tak perlu didengari, itu terserah kepada pihak yang berkenaanlah. Daripada segi permohonan maaf Mufti Pulau Pinang itu pula, bukan bermaksud sesuatu yang salah sudah dilakukan.



"Tetapi itu adalah satu gambaran bagaimana kita berakhlak, kita mempunyai adab kesopanan apabila pandangan kita berbeza dengan pandangan orang lain," katanya.

Beliau berkata, adalah perkara biasa apabila orang lain tidak boleh menerima pandangan dilontarkan.

Mohamad Shukri menegaskan bahawa permohonan maaf Mufti Pulau Pinang itu adalah satu tanda keikhlasan dan dianjurkan oleh akhlak Islam.

"Tidak semestinya kita bersalah. Itu adalah satu daripada akhlak dalam Islam untuk memperlihatkan bahawa kita beramal kepada akhlak Islam.

"Pandangan kita itu pada masa sama kita menghormati pandangan orang lain. Apabila kita beri pandangan barangkali ada yang tidak boleh diterima maka kita pohon maaf dan ia satu daripada langkah untuk meredakan isu ini.

"Tidak timbul isu sedihnya mufti pula perlu minta maaf, kena beri kefahaman kepada masyarakat. Pohon maaf itu adalah satu ketinggian budi," katanya.

Memberikan contoh mudah, katanya, seperti menyambut hari raya, ucapan maaf zahir dan batin adalah tanda ketinggian budi.

Beliau berkata, akhlak yang diajar oleh Islam supaya sentiasa memohon maaf apatah lagi jika pandangan kita itu barangkali disalah erti.

"Datuk Mufti Pulau Pinang berkali-kali menyatakan beliau bukan ada sebarang kepentingan lain, namun nasihat itu adalah secara ikhlas.

"Bukan nak cari populariti. Nasihat Mufti Pulau Pinang supaya Islam tidak tersasar dalam bulan Rejab, Syaban sebelum menuju Ramadan.

"Ia adalah bulan untuk kita umat Islam memanaskan badan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat Ramadan nanti. Jadi jika kita adakan konsert barangkali sedikit sebanyak boleh mencalarkan kehebatan bulan yang mulia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-mufti-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.054596 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list