CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7734|Reply: 5

[Tempatan] Edisi Penang elok dah ; Gelandangan pilih P. Pinang sebab ‘mewah’ makanan percuma

[Copy link]
Post time 3-2-2024 11:17 AM | Show all posts |Read mode


GEORGE TOWN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang menjangkakan berlaku pertambahan bilangan gelandangan termasuk kutu rayau dan pengemis ke negeri ini pada musim cuti akhir persekolahan 2023/2024, bermula 9 Februari nanti.

Pengarahnya, Zakaria Taib berkata, kehadiran golongan terbabit terutama dari wilayah Utara, Johor dan Melaka dijangka akan menumpukan beberapa lokasi tumpuan pelancongan di lima daerah negeri ini.

Menurutnya, situasi ini dikesan menerusi operasi menyelamat gelandangan yang dijalankan secara berkala oleh pihak JKM.

“Dalam operasi yang dijalankan dalam tempoh dua bulan ini, sejak Disember tahun lalu, seramai 316 orang gelandangan telah diselamatkan pihak JKM membabitkan lima daerah di negeri ini.

“Memang akan berlaku peningkatan bilangannya nanti kerana mereka (gelandangan) akan ambil kesempatan semasa kehadiran ramai pelancongan ke Pulau Pinang.

“Pada masa sama, kami juga bimbang akan ada sindiket pengemis tempatan yang membawa kanak-kanak atau pelajar tahfiz untuk meminta sedekah. Berikutan ini, kami akan melipatgandakan operasi dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Program Pemberian Pakaian Percuma kepada gelandangan oleh Uniqlo di Pusat Transit Gelandangan (PTG), Jalan Magazine di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya lagi, gelandangan di negeri ini dikesan tidak lagi menjadikan lokasi seperti di bawah Kompleks Tun Abdul Razak atau di Jalan Masjid Kapitan Keling sebagai lokasi berteduh dan berhijrah ke pasar-pasar awam mahupun tempat dianggap lebih selamat.

“Apabila disoal, mereka mendakwa Pulau Pinang merupakan tempat yang mewah dengan makanan dan rezeki tidak putus-putus. Ada yang dapat makan sehingga 12 kali sehari, hasil sumbangan orang ramai.

“Inilah yang akan melonjak pertambahan bilangan gelandangan di negeri ini. Justeru, kami tidak menggalakkan orang ramai atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyumbang makanan secara percuma kepada mereka di lapangan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari Wilayah Sanusi ke???
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 08:44 PM | Show all posts
Nanti ada yang pura2 pelik kenapa negeri kaya ramai gelandangan dan peminta sedekah.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurlah Malaysia x pernah tahap kebuluran tinggal tulang
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ramai gelandangan2 tido di kaki lima kedai,bus stop.takde lah takut sgt kalau nak jalan sorang waktu malam.dorang xde kacau org yg lalu lalang.
Polis pun selalu buat rondaan jugak.
Ini berdasarkan pengalaman 4d3n di area georgetown sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 12:04 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056312 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list