CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23121|Reply: 7

[Tempatan] Polis siasat pemimpin DAP, Tony Pua, sindir hukuman Najib dikurangkan. Ketua Polis Negara berkata kenyataan Pua bersifat menghasut kerana mengkritik kuasa YDPA. #2, Dipanggil ke Bukit Aman esok.

[Copy link]
Post time 4-2-2024 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 4-2-2024 02:33 PM

Polis siasat Pua sindir hukuman Najib dikurangkan

https://www.malaysiakini.com/news/695287

Diterbitkan:  Feb 4, 2024 6:17 PM⋅
Dikemaskini: 8:58 PM



Polis telah memulakan siasatan ke atas pemimpin DAP Tony Pua di bawah Akta Hasutan berhubung kritikannya terhadap keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kenyataan Pua bersifat menghasut kerana mengkritik kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan serta turut mengajak orang ramai membenci institusi diraja.

Dalam kenyataan hari ini, Razarudin berkata polis telah memanggil bekas ahli parlimen Damansara itu untuk memberi keterangan di Bukit Aman pada satu tengah hari esok.

"Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kenyataan Tony Pua menghina institusi diraja yang telah dimuat naik di Facebook.

"Kenyataan seperti itu bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasanya di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata Razarudin.

Menurut kenyataan Razarudin, antara yang disiasat adalah siri hantaran Facebook yang dibuat Pua yang mengkritik keputusan pengurangan hukuman Najib.

Berikut adalah hantaran yang disiasat:

“Trust me. It’s not a scam”

“Oh wow. After all these years, Najib/UMNO cybertroopers still love me...

“I beg your pardon?”

“Can someone send me to jail for 1 year and in exchange, pay me RM50mil? Pretty please?”

“King Klep pardoned!!”

Dalam respons segeranya, Pua mengesahkan dia dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman esok.

'Ah. Tiada jalan keluar.

"IGP sendiri bertindak sangat pantas, sangat cekap, kerja lebih masa di hari Ahad, memberi perhatian kepada laporan, agaknya yang dibuat oleh orang Umno," katanya.

"Saya disiasat atas dakwaan menghasut ekoran hantaran 'I beg your pardon' di Facebook. Doakan saya," katanya lagi.

Kekecewaan pelbagai pihak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International.

Sabitan dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Lembaga Pengampunan kemudian memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara kepada enam tahun dan denda RM50 juta.

Dengan itu, hukuman penjara Najib dijangka berakhir pada 23 Ogos 2028, namun dia boleh dibebaskan seawal Ogos 2026 - selepas menjalani dua pertiga tempoh hukuman - atas dasar "berkelakuan baik".

Sejak keputusan itu diumumkan secara rasmi pada Jumaat lalu, banyak pihak selain Pua yang telah menyuarakan kekecewaan dan menyuarakan kritikan atas pelbagai sebab.

Sementara sejumlah ahli politik dan gerakan masyarakat sivil tidak puas hati dengan pengurangan hukuman, ada pihak lain terutama Umno turut tidak berpuas hati kerana Najib tidak diberi pengampunan penuh, termasuk bekas perdana menteri itu sendiri, seperti yang disampaikan anaknya, Nooryana Najwa semalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2024 10:31 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 4-2-2024 02:33 PM

Pua dipanggil ke Bukit Aman esok

https://www.freemalaysiatoday.co ... ke-bukit-aman-esok/

FMT Reporters - 04 Feb 2024, 5:55pm



Susulan keputusan Lembaga Pengampunan memendekkan hukuman penjara dan mengurangkan denda Najib Razak, Tony Pua memuat naik beberapa hantaran di Facebook menyindirnya.

Bekas Ahli Parlimen DAP itu disiasat bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

PETALING JAYA: Polis akan memanggil bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua ke Bukit Aman esok untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya mengenai keputusan Lembaga Pengampunan tentang hukuman Najib Razak.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan pihaknya telah menerima laporan tentang kenyataan Pua yang dimuatnaik di Facebook, dan beliau sedang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kenyataan seperti ini bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasanya bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Pua akan dipanggil bagi membantu siasatan pada 5 Feb (Isnin), 1 tengah hari di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, yang diketuai Agong dan turut dianggotai peguam negara, mengumumkan hukuman penjara Najib Razak dipendekkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Najib dijangka akan dibebaskan dari penjara pada 2028.

Susulan itu, Pua yang juga bekas setiausaha publisiti DAP memuat naik beberapa hantaran di Facebook yang menyindir keputusan itu.

Semalam, Pemuda Umno dilaporkan berkata, pihaknya akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Pua atas kebiadabannya mempertikaikan keputusan Agong.

Sementara itu, Razarudin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat salah sehingga boleh mengganggu proses siasatan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tpny Phua sindiri bermaksud mencabar bla bla bla... Abis anak ex pm tu cakap kecewa bla bla bla, ahli akar umbi, badan veteran tu seme yg x guna cakap apa? Oh tu bukan sindir, bukan mengadu domba dan memecahbelahkan perpaduan ke? Lagi x hormat keputusan raja agong hakim x hormat perlembagaan negara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca lah FB puaka tu.. mmg menghina Agong pun ..setakat cakap kecewa tu takde benda sbb ramai jer cakap kecewa....tapi si puaka jongang ni melampau2 perli dia....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku senang je kalo sanusi kena...ko pun harus kena jugak.sapa suruh ko acah2  terpaling main narative pengampunan ni pm ada  kuasa? hadap la sundel.belajar sampai oxford pun bodo
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 12:13 PM | Show all posts
Toni Pua tampaknya lupa bahwa YDPA dan Sultan-Sultan Melayu  adalah juga Wakil Allah atau Rasul Allah di muka bumi Malaysia guna memimpin umah Bani Tamim anak keturunan nabi ibrahim dan keturah ....

Sebagai rasul atau wakil Allah di Malaysia maka  ia adaah orangsuchi dan mulia yag X pernah bebuat salah atau berdosa... Ingkar atau menolak tital atau keputusan YDPA adalah  DOSA BESAR ... Dosa yang X terampunkan di mana Neraka adalah tempatnya ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 5-2-2024 06:31 AM
Baca lah FB puaka tu.. mmg menghina Agong pun ..setakat cakap kecewa tu takde benda sbb ramai jer ca ...

Sbnrnya rmi je bukan melayu yg Hina agong Dan raja2 melayu. Cuma secara terang2 atau x je la. Kebanyakan generasi yg slps merdeka lahir2 da kat sini mn Tau sejarah apa lanchow semua ni.

Apa yg dia nmpk adalah kelebihan utk org melayu mcm masuk u, keje kerajaan, beli rumah Dan lain2 lg lah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 12:06 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.063376 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list