CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23519|Reply: 1

[Tempatan] 'KPN sangat pantas, cekap, bekerja lebih masa Ahad... saya beri keterangan esok' - Tony Pua

[Copy link]
Post time 4-2-2024 11:13 PM | Show all posts |Read mode
'KPN sangat pantas, cekap, bekerja lebih masa Ahad... saya beri keterangan esok' - Tony Pua

https://www.bharian.com.my/berit ... aya-beri-keterangan

Oleh Latifah Arifin - Februari 4, 2024 @ 11:01pm
[email protected]



KUALA LUMPUR: Tony Pua dalam kenyataan berbaur sinis, malam ini, menyifatkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, sebagai sangat cekap serta pantas bertindak berhubung laporan polis yang difailkan terhadapnya.

Dalam hantaran melalui Facebook itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP berkenaan turut memaklumkan bahawa beliau akan memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman pada jam 1 tengah hari esok.

"Ah. Tidak boleh lari selepas apa yang berlaku.

"KPN sendiri bertindak sangat pantas, amat cekap dan bekerja lebih masa pada Ahad, memberikan perhatian peribadi kepada laporan-laporan polis yang mungkin difailkan oleh 'budak-budak' UMNO," katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM ) mengesahkan menerima laporan polis berhubung kenyataan Pua menghina institusi diraja .

Terdahulu, Razarudin memaklumkan, hantaran Pua yang telah dimuat naik di media sosial sebelum ini menghinaSultan Pahang berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak, bermotifkan menghasut orang ramai membenci dan menghina institusi diraja.

Beliau berkata,Puaakan dipanggil bagi membantu siasatanesok di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Pua turut memaklumkan beliau disiasat atas tuduhan menghasut kerana memuat naik hantaran ringkas 'I beg your pardon', dua hari lalu.

Beliau dalam kenyataan itu turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik berhubung dakwaan terbabit.

Pua hari ini turut membuat kenyataan balas menyindir tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu membuat laporan polis susulan dirinya yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pua dalam kenyataannyamenyebut diateruja terhadap keputusan Lembaga Pengampunan memberi 50 peratus pengurangan tempoh hukuman penjara serta pengurangan denda sebanyak 74 peratus daripada RM210 juta ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah, beliau berbesar hati mendengar bahawa untuk penahanan tambahan selama setahun atas keredaan Baginda (Yang di-Pertuan Agong), dengan Najib dikatakan dapat 'jimat' sebanyak RM50 juta.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2024 12:05 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053177 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list